Bermula 1 Mac 2019, taman tema MAPS Ipoh akan dibuka untuk orang awam secara percuma. Berita tentang tawaran ini pasti akan menarik ramai pelawat. Ramai yang menunggu untuk Masuk Percuma Ke MAPS Ipoh Perak (Movie Animation Park Studio).
Mungkin dalam ramai-ramai pembaca blog MrJocko ini, belum berkesempatan untuk berkunjung ke Movie Animation Park Studio (MAPS). Jadi, inilah peluang untuk rakyat Malaysia khususnya untuk berkunjung ke MAPS Ipoh.
Masuk Percuma Ke MAPS (Movie Animation Park Studio)
Baca : MrJocko dan Theme Park Review
Berita baik tentang MAPS Ipoh ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu. Beliau mengumumkan mulai 1 Mac 2019, para pengunjung akan dibenarkan untuk masuk ke MAPS secara PERCUMA.
Khabarnya, ia antara pembaharuan di bawah Strategi Baharu Model Perniagaan MAPS, di mana pengunjung hanya perlu membayar sekiranya mereka mahu bermain permainan atau menonton persembahan disediakan di MAPS Ipoh.
Lagi menarik, setiap permainan atau persembahan akan dikenakan bayaran kupon hanya diantara RM3 hingga RM15 seorang untuk sekali masuk.
Jika dibandingkan dengan sebelum ini, harga tiket masuk tanpa promosi adalah RM80 bagi dewasa manakala RM70 bagi kanak-kanak. Sudah pasti banyak penjimatan untuk tiket boleh ada simpan selepas ini.
Selain itu, bagi memberi kemudahan kepda pengunjung berkemampuan, pihak MAPS akan memperkenalkan dua bentuk ‘Pass’ istimewa iaitu:
i) MAPS Passport (RM80) = Pembeli tiket ini boleh menaiki setiap permainan dan tarikan yang ada di MAPS untuk sekali saja dengan tempoh sah adalah selama 30 hari.
ii) MAPS Infinite Pass (RM145) = Pembeli tiket ini boleh menaiki dan menikmati setiap tarikan yang ada di MAPS seberapa banyak kali yang mereka mahu dalam tempoh sehari.
Untuk makluman, MAPS Ipoh akan memulakan waktu operasi yang baru. Taman Tema MAPS selepas ini akan beroperasi bermula pada jam 4.00 pm sehingga 12.00 pm bagi hari Isnin, Selasa dan Khamis.
Manakala, pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, Taman Tema MAPS Ipoh akan beroperasi bermula jam 10.00 am sehingga 12.00 pm.
Usaha ini merupakan sebahagian daripada usaha pihak pengurusan untuk menjadikan taman tema ini sebagai mesra rakyat, sekaligus mengotakan janji Menteri Besar untuk mengkaji semula harga tiket MAPS.
Untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur, jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke MAPS Ipoh hanya mengambil masa sekitar 2 jam sahaja. Apa lagi, ini mungkin masa sesuai untuk anda bersama-sama keluarga merasai pengalaman bercuti ke MAPS Ipoh.
Informasi lanjut layari laman web Taman Tema MAPS Perak.