Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Masuk Percuma Ke Planetarium Negara Kuala Lumpur

Sudah banyak kali kami dengar tentang promosi Masuk Percuma Ke Planetarium Negara Kuala Lumpur, tetapi macam tak percaya. Sebab, kebanyakkan tempat menarik di Kuala Lumpur mengenakan bayaran tertentu untuk masuk ke lokasi tersebut. Rupanya, di Planetarium Negara, sudah lama mereka tidak mengenakan sebarang bayaran untuk masuk ke sini.

Memandangkan sekarang musim jerebu, aktiviti luar sangat-sangat tidak digalakkan. Untuk memilih aktiviti dihujung minggu, sebaiknya memilih untuk berada di dalam bangunan yang tertutup dan berhawa dingin.

Masuk Percuma Ke Planetarium Negara Kuala Lumpur

masuk percuma ke platetarium negara 00 copy

masuk percuma ke platetarium negara 05

Secara peribadi, ini kali pertama saya dan family singgah di sini. Tak tahu kenapa sebelum ini tidak terfikir pun nak ke sini, padahal sejak mula-mula

Untuk informasi anda semua senarai akhir Program Angkasawan Negara Malaysia merekodkan 4 nama iaitu Siva Vanajah, Mohammed Faiz Kamaludin, Faiz Khaleed,
dan Sheikh Muszaphar Shukor.

Namum, akhirnya pada Julai 2007, Sheikh Muszaphar telah terpilih sebagai Angkasan Negara di bawah NASA dan Faiz Khaleed bertindak sebagai ‘backup’ kepada Sheikh Muszaphar.

Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha menyertai Soyuz TMA-11 pada tarikh 10 Oktober 2007 dan menjadi Rakyat Malaysia Pertama Berada Di Angkasa. Dia kembali dengan Soyuz TMA-10 selepas 10 hari berada di ISS (International Space Station).

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Kuala Lumpur

masuk percuma ke platetarium negara 06
Soyuz di Planetarium Negara

Secara peribadi, lokasi ini memang berbaloi untuk dilawati untuk anda sekeluarga. Untuk dewasa pun penting juga sebab ada banyak info menarik dalam bangunan Planetarium Negara.

Mungkin ramai lagi orang Kuala Lumpur dan pembaca tak tahu di mana terletaknya lokasi Planetarium Negara ni. Jadi, untuk memudahkan anda, boleh ikut alamat ini :

Planetarium Negara, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), 53, Jalan Perdana,
40480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Untuk makluman semua pengunjung, ia dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang dan ditutup pada hari Isnin setiap minggu.

Sekiranya tidak ada rancangan ke mana-mana, untuk anda yang ada anak-anak, ini peluang terbaik untuk singgah di Planetarium Negara Kuala Lumpur. Ya, sekali lagi saya kongsikan, hingga saat artikel ini ditulis, Masuk adalah PERCUMA termasuk ruang parkir juga PERCUMA.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.