Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Matta Fair 2023 Pertama Kali Di MITEC Kuala Lumpur

Kali ini, sesuatu yang baru. Untuk informasi semua, Matta Fair 2023 Pertama Kali Di MITEC Kuala Lumpur. Kalau sebelum ini, ia sudah serasi dengan bangunan WTC KL (atau sebelum ini PWTC), namun untuk Matta Fair pertama tahun 2023 yang berlangsung pada 17 – 19 Mac ini di anjak sedikit kira-kira 2 km di tepi bandar besar Kuala Lumpur bertempat di pusat konvensyen baru, MITEC (Malaysia International Trade & Exhibition Centre).

Lokasi ini dipilih mungkin kerana bangunan yang lebih besar, baru dan juga terletak ditepi jalan utama selain berbanding lokasi sebelum ini ditengah kotaraya Kuala Lumpur. Nampak dari luar memang gah, bangunan yang besar serta mempnyai beberapa tingkat ruang pameran yang sangat besar dengan kemudahan-kemudahan asas untuk sebarang majlis.

Baca : Matta Fair Tahun 2019

Matta Fair 2023

Matta Fair 2023 Pertama Kali Di MITEC Kuala Lumpur

matta fair 2023 mitec kl
 

Lokasi baru MITEC KL ini mempunyai beberapa kelemahan yang boleh ditambah baik iaitu :

1. Aliran trafik yang tidak sekata oleh Juru Arah Lalu Lintas. Walaupun kawasan ini agak luas, tapi ia mengundang kesesakan yang teruk pada 3 hari tersebut.

2. Ruang parkir yang agak terhad sehinggakan ramai yang meletak kenderaan di tepi jalan sehingga menyebabkan jalan sempit dan semakin sesak.

3. Sokongan Shuttle Bus yang tidak efisen, kerana, walaupun ada disediakan beberapa bas shuttle percuma ke bangunan MITEC, kesesakan jalan raya menuju ke MITEC KL masih menjadi faktor utama.

4. Aliran laluan pelawat dari Booth Tingkat 1, ke Tingkat 3, Kemudian ke Tingkat 2 banyak yang memeningkan dan mengurangkan laluan pelawat ke sesetengah Booth Exhibitor. Laluan keluar yang tidak sesuai sehingga beberapa booth exhibitor terlindung dari laluan pelawat.

5. Seperti biasa, harga makanan dan minuman di sini TERLALU mahal. Mohon pihak KPDNKK campur tangan sikit…

6. Tiada kemudahan mesin ATM.
 

matta fair 2023 mitec kl

matta fair 2023 mitec kl

matta fair 2023 mitec kl

matta fair 2023 mitec kl
 

Kala sebelum ini, dikatakan hanya sekitar 600 booth sahaja yang mengisi ruang pameran di PWTC, kini di MITEC KL, dianggarkan lebih 1500 booth boleh di isi dan di ubah menjadi ruang pameran yang terbesar di Malaysia.

Kami berad di Matta Fair 2023 sejak 16 Mac lagi melihat persediaan booth-booth yang terlibat dan akan berada di sini sehingga hari terakhir 19 Mac untuk mempromosikan sendiri pakej percutian dalam negeri dan pakej percutian antarabangsa.

Highlights kami untuk Matta Fair 2023 kali ini ialah Booth Terlajak Travel Sdn Bhd, airline Emirates, Visit Dubai, Booth Taiwan Tourism serta kami sokong beberapa lokasi domestic untuk pelawat pilih sempena dengan pameran Matta Fair 2023 kali ini.

Untuk yang nak cari pakej murah kembara travel serta umrah, boleh ke Booth Terlajak Travel di Hall 3 International, booth no 3P51 – 3P56. Ada banyak hadiah menarik menanti anda.

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.