Pakej Paling Murah MATTA FAIR September 2023 Di MITEC KL
|Bermula hari Jumaat, 1 September dan berakhir hari ini, Ahad, 3 September 2023. Selama tiga hari, pemain indstri pelancongan antarabangsa dan domestik berada di MITEC KL mempromosikan pakej pelancongan murah untuk semua rakyat Malaysia. Kami, turut memeriahkan karnival jualan pakej pelancongan terbesar di Malaysia ini sempena MATTA FAIR September 2023 Di MITEC KL.
Tiga dewan besar di MITEC KL, dibuka sepenuhnya untuk pembeli mencari pakej pelancongan yang murah, dipercayai dan terbaik untuk mereka bercuti di dalam Malaysia atau di luar negara. Hall 1 untuk pakej pelancongan dalam negara dan Hall 2 dan Hall 3 untuk pakej pelancongan antarabangsa.
Baca : Booth Jual Pakej Murah di Matta Fair
MATTA FAIR September 2023 Di MITEC KL
Matta Fair September 2023 kali ini, pertama kali pihak penganjur tidak membuat flow seperti yang sebelum ini. Tentunya perjalanan pengunjung jadi kelam kabut. Ada banyak booth-booth vendor yang terletak di bahagian belakang, tidak sampai kepada pengunjung kerana kedudukkan yang agak tersorok.
Kali ini, aku bekerjasama dengan syarikat Travel Agency yang semakin padu dalam perkhidmatan pelancongan mereka iaitu Terlajak Travel Sdn Bhd. Pakej special kami sebenarnya Iceland, Norway, West Europe dan juga Turkiye. Tapi sejak selepas pandemik, kami sudah mula menerima klien ke Korea, Bali dan juga Balkan.
Pastinya kali ini antara harga yang paling murah kami offer ialah pakej Korea Autumn cuma RM3,490/pax (penerbangan dengan Malaysia Airlines), pakej Osaka + Tokyo 8 Hari 6 Malam cuma RM7,690/pax (penerbangan Malaysia Airlines atau AirAsiaX) dan juga pakej Turkiye Klasik RM5,590/pax (penerbangan Turkish Airlines)

Matta Fair kali ini rasanya tak seramai yang sebelum ini. Ini berdasarkan pemerhatian aku dari traffic yang lalu lalang di hadapan booth kami. Ada dua kemungkinan. Pertama, memang orang tak ramai singgah kerana kawasan ini agak baru dan masih sesak dengan kereta. Kedua, sebab tidak ada flow laluan seperti sebelum ini, pengunjung berselerak dan tidak sampai ke bahagian dalam.
Apapun, Alhamdulillah. Kami masih mencapai sasaran jualan dengan jualan Pakej Europe, Pakej Korea, Pakej Jepun dan pakej ke Bali menjadi pilihan klien kami. Rata-rata tarikh perlepasan ini, bermula akhir Semptember 2023 lagi dan sehingga Mac 2024.
Korang nak cari pakej pelancongan? InsyaAllah aku boleh bantu seboleh mungkin.