Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

MBK Shopping Center Di Bangkok Syurga Beli Belah

Sebut sahaja nama MBK, semua orang Bangkok akan tahu lokasi ini. Warga kota di Bangkok pasti akan suka dengan MBK Shopping Center yang merupakan syurga beli belah di kota Bangkok. Dari pakaian, barangan peralatan rumah, aksesori wanita, peralatan make-up, gajet, macam-macam ada di sini.

Kalau di Kuala Lumpur, MrJocko andaikan MBK Center ini menyerupai SOGO KL yang mana ia terletak di tengah kesibukkan kota, shopping mall yang sederhana besar dan menjadi tumpuan pelancong. Namun, barangan yang di jual di MBK Center ini umpama kombinasi barang-barang jualan di SOGO KL dan juga Pertama Kompleks.

MBK Shopping Mall

Murah Shopping Di MBK Shopping Center?

Memang murah kalau anda nak beli produk seperti T-shirt, aksesori smartphone, barangan make-up perempuan, cenderahati dan beberapa barangan lain sepertinya. Barangan lain seperti aksesori kamera, jam, kasut dan beberapa produk lain mungkin sama dengan lokasi pusat membeli belah lain di Bangkok. Cuma, MBK Shopping Center sudah lama terkenal di Bangkok sebelum ini dan menjadi pilihan ramai pelancong dan warga tempatan.

mbk shopping center bangkok 02 mbk shopping center bangkok 02 mbk shopping center bangkok 02

Nak shopping di MBK Shopping Center ni pun sebenarnya ada selesa sebab ia dalam pasaraya dan dilengkapi dengan penghawa dingin. Paling menarik, di sini anda boleh tawar menawar dan membeli barangan cenderahari dan barangan lain dengan harga borong jika mahu.

Berbaloi juga kalau shopping di sini dan ada banyak pilihan. Penat membeli, boleh singgah di beberapa kedai makanan Halal di Bangkok yang terletak di bangunan MBK Shopping Center ini. Sebab itu, mungkin ia salah satu faktor kenapa orang Malaysia, lebih-lebih lagi orang Melayu suka shopping di MBK Shopping Center sebab senang nak cari makanan Muslim dan Halal di Bangkok.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.