Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Untuk Peringatan McDonalds Di Jepun Tiada Halal Muslim

Ramai pelancong dari Malaysia yang melancong ke Jepun tertanya-tanya adalah menu di Restoran Makanan Segera McDonalds di Jepun menyediakan menu Halal Muslim? Kalau saya ditanya, saya sendiri tiada jawapan khusus. Namun melihat kepada keseluruhan menu, rasanya saya sendiri kini akan cuba mengelak untuk makan di Restoran McDonalds Japan. Untuk Peringatan McDonalds Di Jepun Tiada Halal Muslim.

Melihat kepada beberapa menu yang ditawarkan di sana, termasuk dalam menu-menu biasa yang kita, orang Malaysia makan seperti Big Mac, Double Cheese dan banyak lagi, terselit beberapa menu seperti McPork, Teriyaki Prok, Bacon Lettuce dan juga Gran Bacon Cheese yang pastinya tidak halal bagi orang Muslim.

Baca : Menu Halal Wagyu Muslim di Chiba Jepun

Untuk Peringatan McDonalds Di Jepun Tiada Halal Muslim

McDonalds Di Jepun Tiada Halal Muslim 01 copy

McDonalds Di Jepun Tiada Halal Muslim 03
Burger McPork McDonalds Japan

 

Ramai yang tahu sebenarnya. Ini sekadar artikel untuk peringatan sahaja. Friendly Reminder untuk diri sendiri dan rakan-rakan pengembara yang lain.

Mungkin ketika travel dan teringin nak makan menu fast food, ramai yang singgah makan di sini. Mungkin la. Tapi, ramai juga yang memang tak endah kalau lalu depan McDonalds ni sebab ramai yang tahu tiada halal muslim di sini.

Kalau teringin nak makan menu fast food, mungkin boleh singgah untuk cari Gerai Kebab disekitar kawasan Tokyo. Di Shinjuku, Shibuya, Ueno dan beberapa kawasan lagi masih ada banyak lokasi Gerai Kebab yang terkenal dengan nama Doner Kebab atau Saray Kebab yang banyak didominasi oleh peniaga dari Turki.

Kalau lapar sangat, macam biasa saya sangat cadangkan untuk makan makanan Nasi Kepal Jepun Onigiri, yang banyak dijual di Kedai Serbaneka 7 Eleven atau di Family Mart seluruh Jepun. Harga pun murah, sekitar JPY120 sahaja.

Laman Web McDonalds Jepun

McDonalds Di Jepun Tiada Halal Muslim 02
Restoran McDonalds di Jepun

Gambar Restoran McDonalds dari Web ShootTokyo

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.