Edisi Terhad McDonalds Happy Meal Surprise 40th Year
|Selepas 40 tahun, jenama Happy Meal McDonalds masih lagi melekat dalam peminat makanan segera McDonalds. Sesiapa sahaja, pasti akan pernah membeli Happy Meal untuk mendapat koleksi mainan di dalamnya. Kemuncak untuk tahun ini, ini dia sesuatu yang menarik, Edisi Terhad McDonalds Happy Meal Surprise 40th Year.
Mainan yang disertakan dalam promosi yang hanya untuk tempoh terhad ini adalah senarai mainan yang pernah popular sepanjang ia berada dalam jenama Happy Meal. Setakat ini, ada 17 mainan berbeza ditawarkan kepada pengumpul mainan Happy Meal dan senarai mainan tersebut boleh anda semak di bawah.
Baca : MrJocko dan Koleksi Mainan Toys
Edisi Terhad McDonalds Happy Meal Surprise 40th Year
Pilihan mainan yang popular sejak dari tahun 1987 hingga ke tahun 2013. Mungkin dalam senarai mainan kenangan selama 40 tahun di Happy Meal Mcdonalds ini boleh menggamit kenangan ketika kecil anda.
Berikut adalah senarai mainan mengikut No yang tertera di Plastik Mainan Happy Meal 40th Year.
1. Hamburger Changeable (1987)
2. Cowboy McNugget (1988)
3. Mail Carrier McNugget (1988)
4. Fireman McNugget (1988)
5. Dino Happy Meal Box Changeable (1990)
6. Grimace (1990)
7. McDonald’s Hot Wheel Thunderbird (1993)
8. Hamburglar (1995)
9. Space Jam Bugs Bunny (1996)
10. Patti the Platypus (1996)
11. My Little Pony (1998)
12. Furby (1999)
13. Tamagotchi (1998)
14. Hello Kitty (2013)
15. Power Ranger (1995)
16. 101 Dalmatians (1997)
17. Mickey’s Sorcerer Apprentice (2002)
Baca : Promosi Hello Kitty Fairy Tales di McDonalds

















Dalam banyak-banyak mainan di atas, antara yang saya ingat adalah Grimace, Hotwheel Thunderbird, Humburglar, Furby dan Tamagotchi. Ini antara mainan yang masa tu sempat kumpul. Tapi sayang, entah mana pergi selepas beberapa tahun.
Sebab itu, untuk pengumpul (Happy Meal Collector) ini peluang terbaik anda untuk kembali mengumpul koleksi maian Happy yang vintage seperti Hotwheel Thunderbird dan juga Hamburglar. Atau, mungkin anda minat mainan Hello Kitty McDonalds?
Koleksi mainan Edisi Terhad McDonalds Happy Meal Surprise 40th Year akan mula dijual di McDonalds Malaysia pada 27 November dan hanya mungkin akan berada dipasaran selama 1 minggu sahaja.
Apa lagi, kalau nak beli, cepat-cepat ke McDonalds Malaysia dan dapatkan Happy Meal anda.
p/s : Sayang, koleksi Hello Kitty Carrier McDonalds sudah habis di pasaran. Katanya ia hanya dijual dengan harga RM29.90 sahaja.