Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Medan Niaga Satok Kubah Ria Kuching

Kalau tahun 2009 masa pertama kali MrJocko ke Kuching, Masa tu stay kat Damai Laut dan juga Riverside Majestic. Masa tu juga, sempat ke Pasar Satok. Pasar Minggu Satok berada di kawasan asal iaitu di kawasan Satok, nama asalnya. Tetapi kata orang Kuching masa MrJocko ke sana minggu lepas, bermula Januari 2013, Pasar Minggu Satok ini sudah dialihkan ke tempat baru di kawasan Kubah Ria. Kawasan ini lebih besar dan punya beberapa bangunan seperti Medan Niaga, Benteng Gerai Makanan, Pasar Ikan dan juga gerai pakaian.

Lokasi baru Medan Niaga Satok ini terletak lebih kurang 6 kilometer dari bandar Kuching. Tambang teksi dari bandar Kuching ke Pasar Minggu Satok yang baru ini ialah RM20. Agak mahal kerana pemandu teksi di kawasan ini tidak menggunakan meter.

 Medan Niaga Satok Kubah Ria

 


Medan Niaga Satok, Kubah Ria Kuching
Medan Niaga Satok, Kubah Ria Kuching
 
 
 

Pasar Minggu Satok sememangnya terkenal dengan Ikan Terubuk Masin dan dijual dengan harga yang murah berbanding di Kuala Lumpur. Pilih saja ikan saiz mana yang anda nak, penjual akan bungkus sebaik mungkin dan di bungkus dengan rapi. Katanya, setiap bungkusan boleh tahan sehingga 6 bulan lamanya.

 
 
 

Medan Niaga Satok Kubah Ria Kuching

Di sekitar kawasan Medan Niaga Satok ini, terdiri khemah-khemah gerai yang menjual buahan, sayuran dan pelbagai jualan hasil hutan yang lain. Banyak pilihan dan murah-murah. Jika anda ke Kuching, jangan lepaskan peluang untuk ke Pasar Minggu Satok di Medan Niaga Satok.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.