Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy

Minggu pertama 2022, Samsung Malaysia membawakan sesuatu yang baru untuk rakyat Malaysia. Kali ini, model Siri Galaxy S, kembali dengan peranti yang terbaik. Model yang serasi dengan pengguna, tetapi dengan tambah nilai dan dikategorikan dalam senarai Fans Edition. Ini perkongsian tentang Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy di Tiffin The Yard, Kuala Lumpur.

Samsung Malaysia Electronics hari ini mengalu-alukan Galaxy S21 Fan Edition 5G baharu untuk menyertai siri Galaxy S. Galaxy S21 FE 5G ialah telefon pintar yang menempatkan ciri kegemaran peminat premium daripada Galaxy S21 dalam pakej yang lengkap untuk digunakan setiap hari sepenuhnya.

Baca : Promosi Harga Samsung Malaysia Awal Tahun 2022

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy

 


Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy
 

Antara aspek Galaxy S21 yang paling disukai yang digabungkan dengan Edisi Peminat ialah reka bentuk yang menarik perhatian, prestasi berkuasa, kamera pro-gred dan ekosistem yang lancar untuk ketersambungan.

“Inovasi dan orang ramai telah lama menjadi tumpuan Samsung, dan kami memahami kesan inovasi mudah alih terhadap hubungan manusia,” kata Edward Han, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

“Kami kagum dengan sambutan memberangsangkan daripada model FE terdahulu, termasuk Galaxy S20 FE tahun lepas, jadi kami akan berusaha sedaya upaya dengan Galaxy S21 FE untuk menghasilkan peranti yang seimbang dengan lebih banyak keupayaan premium sebagai satu cara untuk memberi penghargaan kepada fandom.”
 

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy
 

Untuk saiz Galaxy S21 Fan Edition ini, memang sesuai untuk market Asia. Saiz yang sederhana, tidak kecil dan tidak terlalu besar membuatkan peranti ini senang dibawa dan dipegang sepanjang masa.

Dengan kemasan tiga kamera (12MP + 12MP + 8MP) ia sudah cukup untuk membuatkan koleksi rakaman gambar anda akan jadi lebih menarik.
 

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy
Spesifikasi Galaxy S21 Fans Edition

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy
 

Jangan lupa untuk perhatikan koleksi Galaxy Watch4 dan juga Galaxy Earbuds2. Kedua-dua peranti ini sangat padan dengan telefon pintar Samsung.
 

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy
Galaxy Watch4
Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy
Galaxy Earbuds2

Model kali ini pastinya lebih menarik dengan empat warna menarik seperti Olive, Graphite, Lavender dan juga White (putih). Semestinya, kami lebih sukakan warna putih. Namun, warna Lavender dan Olive adalah warna khas untuk model ini.

Media Launch Samsung Galaxy S21 FE 5G Epic Galaxy

Berminat untuk telefon pintar terbaru ini boleh layari di laman rasmi Samsung Malaysia.

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.