Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mee Bandung Muar Yang Sedap

Kalau anda suka makan Mee Bandung, anda mesti cuba Mee Bandung Muar. Banyak lokasi restoran atau gerai yang terkenal di Muar menyediakan menu Mee Bandung Muar yang sedap. Di tengah bandar Muar sahaja, ada berpuluh restoran dan gerai mee bandung Muar yang terkenal. Antara yang menjadi tumpuan Mee Bandung Udang Muar. Sayangnya masa MrJocko ke Muar akhir tahun 2012, kedai tersebut tutup.

 

Jadi kami singgah makan di gerai mee bandung di tepi jalan dari tol menghala ke bandar Muar.

 

Review Hotel Classic Muar

Menu Medan Ikan Bakar Sabak Awor Muar

Mee Bandung Muar Yang Sedap 

 

mee bandung muar sedap

 

 

Tengok cara Mee Udang Muar yang dihidangkan ni nampak simple sahaja. Ala gerai kampung, tetapi rasa Mee Bandung Muar ini memang unik dan asli. Sedap. Berbeza denagn Mee Bandung Udang tempat lain.

 

Sudah pasti kalau ke Muar, jangan lupa ambil peluang mencuba menu Mee Bandung Muar ini. Biasa anda boleh pilih untuk pilih mee bandung biasa, mee bandung udang atau mee bandung daging. Semuanya sedap.

 

 

 

mee bandung muar sedap

 

nasi ayam sedap

 

Mee Bandung Muar Yang Sedap

 

 Mee Bandung Muar Yang Sedap

Masa kami singgah gerai makan hari tu, kami sekeluarga cuba menu lain jugak. Sup Ekor dan juga Nasi Ayam. Yer la, kalau semua nak makan mee bandung, nanti tak ada peluang nak cuba menu lain. Nasi Ayam biasa sahaja, tetapi Sup Ekor dia memang menarik. Rempah yang ada memang buatkan sup tersebut ‘panas’.

 

Teringin nak ke Muar lagi, sebab banyak yang menarik di Muar walaupun ia sebuah pekan kecil. Oh ya, durian kat Muar pun best jugak 🙂

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.