
Penerbangan pulang dari Jogjakarta menuju Kuala Lumpur memakan masa hampir 3 jam. Kalau ikutkan masa, penerbangan ini dikira agak lama. Dalam masa tiga jam dalam penerbangan AirAsia, perut boleh jadi lapar.
Jadi MrJocko decide nak cuba menu famous AirAsia iaitu Mee Goreng Mamak Kamal dalam AirAsia. Katanya menu mee goreng mamak ini sangat sedap.
Oleh kerana dalam penerbangan sebelum ini, MrJocko tak pernah rasa, kali ni nak cuba lah. Untuk satu hidangan Mee Goreng Mamak Kamal, dibeli ketika dalam penerbangan ia berharga RM12.00. Kalau anda tempah awal melalui pembelian online di AirAsia.com.my ada diskaun.
Mee Goreng Mamak Kamal AirAsia
Rasa Mee Goreng Mamak Kamal AirAsia ni memang terbaik. Nampak simple tetapi dalam mee goreng ini, ada ayam, telur, rasa sayur dan agak sikit pedas. Yang best, siap ada limau nipis. Untuk yang suka limau nipis boleh la perah seadanya. Menu mee goreng mamak ni memang anda kena cuba kalau berada dalam flight AirAsia. Wajib cuba.
Kalau nak murah menu Mee Goreng Mamak Kamal AirAsia ni, sebaiknya anda tempah dalam tempahan online. Sebabnya satu untuk dapat harga yang murah dan keduanya untuk pastikan anda tidak terlepas menikmati menu mee goreng ini di atas kapal. Mana tau ramai yang beli, kalau lambat melepas.
Buat tempahan awal di laman web rasmi AirAsia www.airasia.com.my
Glamorous MrJocko