Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mee Segera Halal Di Vietnam Indo Mie Cuma VND7000

Akhirnya, dikebanyakkan kedai Mini Mart seperti Circle-K dan supermarket besar di Vietnam, sudah ada beberapa produk Mee Segera yang halal. Antara yang kami jumpa di Vietnam ialah jenama Indo-Mee. Ada beberapa lokasi kedai sebaneka Circle-K, kami dapati ada dijual Mee Segera Halal Di Vietnam Indo-Mie Cuma VND7000 atau sekitar MYR1.40 sepeket. Harga memang berbaloi untuk dibeli dan ia pilihan lain jika anda mencari makanan halal di Vietnam.

Produk Indo-Mie ini ialah produk buatan Indonesia dan mempunyai Cop Halal yang dikeluarkan oleh Majelis Ulama Indonesia. Secara peribadi, kami sendiri yakin dengan produk ini dan kami syorkan buat pengembara Muslim yang ini mencari makanan halal sewaktu travel ke Vietnam.

Baca : Apa yang Menarik di Da Nang Vietnam

Mee Segera Halal Di Vietnam Indo Mie

 


Mee Segera Halal Di Vietnam Indo-Mie Cuma VND7000

Mee Segera Halal Di Vietnam
 

Kedai serbaneka Circle-K, antara kedai serbaneka popular di Vietnam. Kalau di Ho Chi Minh, ada beberapa lokasi kedai serbaneka ini dan mereka ada menjual Mee Segera Halal Indo-Mie. Di Vietnam juga ada beberapa lagi kedai serbaneka lain seperti Famili Mart, namun kami tidak sempat singgah untuk melihat produk halal di dalam kedai ini. Jangkaan kami, mereka juga mesti ada pilihan makanan Halal.

Pasaran pengembara yang datang berkunjung ke Ho Chi Minh semakin bertambah sejak Pandemik Covid-19. Pelancong Muslim juga semakin ramai, tambah lagi pelancong dari Indonesia. Ini pasti akan membuka peluang lebih banyak lagi produk makanan halal di Vietnam.
 

Mee Segera Halal Di Vietnam

Mee Segera Halal Di Vietnam

Mee Segera Halal Di Vietnam

Mee Segera Halal Di Vietnam

Mee Segera Halal Di Vietnam
 

Ketika kami singgah untuk beli produk mee segera halal ini, kami dapati ada 3 perisa sahaja yang di jual di sini. Ia termasuk perisa Mee Goreng, Mee Goreng Pedas dan Mee Goreng Rendang. Kesemuanya dijual dengan harga yang sama, VND7000 sahaja. Murah dan berbaloi jika nak dibandingkan dengan menu set makanan halal di Restoran seperti Pho Daging Halal Vietnam VND70000 (RM14) dan Nasi Goreng VND70000 (RM14).

Jika anda mencari menu bajet ketika travel ke Vietnam, pastinya mee segera halal di Vietnam ini akan menjadi pilihan utama anda. Tips saya, beli Mee Segera ini, beli telur dan kemudian panaskan air di dalam bilik hotel. InsyaAllah, rasa dia berbaloi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.