Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mee Tarik Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza

Hari kedua di Guangzhou, saya dan team dijemput ke Kilang disekitar Panyu, Guangzhou. Agak jauh dari pusat bandar Guangzhou dan perjalanan sekitar 1 jam. Memandangkan ketika itu, kami belum sempat sarapan pagi, wakil dari syarikat membawa kami ke satu Restoran Halal Muslim di Panyu. Di sini, ada Mee Tarik Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza.

Panyu Wanda Plaza antara lokasi popular untuk pusat membeli belah bagi rakyat tempatan. Untuk pelancong seperti kami, ia terlalu jauh dari pusat bandar dan jauh dari akses jaringan Metro. Jadi, kawasan ini lebih kepada kawasan komersil perniagaan bagi peniaga-peniaga borong seluruh dunia.

 


Mee Tarik Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza

Mee Tarik Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza 04 copy

Baca : MrJocko dan Makanan Halal Muslim

Secara peribadi, ini mungkin mee tarik halal paling sedap pernah MrJocko cuba. Ya, memang berbaloi. Bayangkan semangkuk yang besar ini boleh dihabiskan. Kalau keadaan biasa, saya bukan peminat Mee, kerana kebanyakkan mee di Malaysia menggunakan Mee Kuning dan rasanya agak berselut.

Berbanding mee tarik yan gdibuat di negara China, kebanyakkan mee yang mereka buat segar, diproses sendiri dan terus direbus dan di masak. Sebab itu, kualiti makanan jenis mee tarik di China, antara menu masakan tradisional yang terkenal dan berkualiti.

Mee Tarik Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza 01
Menu Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza

Mee Tarik Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza 02

Mee Tarik Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza 03
Mee Tarik Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza
Mee Tarik Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza 04
Sup Mee Tarik Halal Muslim Guangzhou Panyu Wanda Plaza

Untuk kali ini, Bro Syazwan yang tolong order untuk kami. Dua mangkuk Sup Mee Tarik daging dan 2 pinggan Mee Tarik Daging Goreng. Harga pun tak mahal, untuk menu harga di sini harga sekitar MYR9 sahaja.

Teringin nak cuba menu lain, tetapi belum masa kerana tidak tahu lagi apa sebenarnya corak masakan orang China ini. Sebab, pernah kena di Guilin, menu yang dihidangkan masa itu tawar. Tambahan pula, perisa kicap dan cili yang diletakkan di atas meja, sangat berbeza dengan rasa kicap dan cili padi di Malaysia.

Namun secara mudah, untuk pengembara Muslim seperti kita orang Malaysia, rasanya sangat mudah mencari restoran halal di Guangzhou. Tak sebanyak di Malaysia, tetapi setiap kawasan, InsyaAllah akan ada pilihan samada untuk makan Kebab atau Mee Tarik Muslim.

Untuk ke lokasi kedai ini, saya tiada pautan yang tepat. Namun, boleh cari lokasi di sini Guangzhou Panyu Wanda Plaza. Kedai ini berada ditepi jalan besar. Mungkin akan senang dicari.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.