Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang Yang Terkenal

Destinasi pelancongan makanan yang terkenal di Perak termasuklah lokasi Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang yang terkenal. Menu Mee Udang yang sedap di Kuala Sepetang memang menjadi pilihan ramai pelancong dalam negeri dan juga luar negeri kerana kesedapan dan keunikkan menu Mee Udang tersebut.

Secara peribadi, ini kali pertama MrJocko mencuba menu Mee Udang di Kuala Sepetang. Sebelum ini pernah cuba menu Mee Udang di Kuala Lumpur, tetapi berbeza dengan menu Mee Udang Sedap di Kuala Sepetang ini.

Baca : Tempat Menarik di Negeri Perak

Mee Udang Kuala Sepetang

Mee-Udang-Kuala-Sepetang-01

Apa yang menarik tentang menu mee udang di Kuala Sepetang?

Nampaknya keunikkan dan kesedapan mee udang yang terkenal di Kuala Sepetang ini kerana rasa kuahnya yang memang berbeza dengan menu mee udang yang biasa. Saiz udang yang dijual di sini juga agak besar dan memang dari hasil laut yang segar. Senan itu rasa mee udang ni sedap. Harga mee udang Kuala Sepetang biasanya berharga sekitar RM6 sehingga RM12 untuk menu mee udang special.

Kalau anda jenis yang suka makan, memang menu mee udang ni ialah menu wajib makan kalau melancong atau berkunjung ke sekitar Taiping dan Kuala Sepetang. Ada banyak gerai dan restoran yang menyediakan menu Mee Udang yang sedap di Perak, pilih sahaja mana satu yang anda berkenan.

Sumber : Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Memang berbaloi menu mee udang di kawasan Kuala Sepetang yang terkenal ini.

Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.