Site icon Travel Blogger Malaysia

Mega Bangna Mall Bangkok Pusat Beli Belah Terbaik Dekat Suvarnabhumi Airport

Trend membeli belah di Bangkok juga semakin berkembang pesat dikalangan pelancong asing. Antara sebab itu, dibina satu lagi megamall yang besar berdekatan dengan lapangan terbang Suvarnabhumi. Ramai yang kata, Mega Bangna Mall Bangkok Pusat Beli Belah Terbaik Dekat Suvarnabhumi Airport.

Pusat membeli belah ini, mempunyai kawasan yang luas dan terletak bersebelahan dengan gedung membeli belah IKEA Bangkok. Gedung IKEA, memang menjadi tarikan utama ramai orang untuk dekorasi rumah kediaman dan pejabat dengan konsep ‘Do It Yourself’.

Mega Bangna Mall Bangkok
 

Mega Bangna Mall Bangkok Pusat Beli Belah Terbaik Dekat Suvarnabhumi Airport
 

Baca : MrJocko dan Shopping Mall

Pusat beli-belah ini mempunyai keluasan 35,000 meter persegi. Walaupun ia agak jauh dari pusat bandar Bangkok, iaitu sejuah kira-kira 33km, tetapi aksesnya telah dirancang dengan baik. Selain memandu kereta dan berdekatan dengan lapangan terbang, ia mempunyai jaringan yang menghubungkan stesen BTS Udomsak dan pusat membeli-belah Mega Bangna Mall Bangkok.

“All Under One Roof” adalah moto Mega Bangna Mall. Dalam bangunan ini ada banyak outlet yang terkenal seperti Home Pro, Big C, Robinson dan IKEA serta 450 kedai jenama berkongsi ruang jualan yang berbentuk bujur.

Antara produk berjenama yang ada dijual di sini ialah Ginger (Accessories from Chiang mai), Guess, Bershka, Esprit, Nine West, Mango, Zara, Next, Giordano, Izzue, Nautica, Stella Luna, L’Occitane, Charles & Keith, Cath Kindston, ESP, iStudio dan banyak lagi.

Mungkin ramai yang tak tahu, di Mega Bangna Mall ini juga mempunyai gelanggang ais yang besar, ruang ‘food court’ pelbagai, boling 24 lorong dan sebuah cineplex utama yang besar. Pada dasarnya segala-galanya besar, malah tempat letak kereta boleh menampung sehingga 8,000 buah kereta.

Lokasi di Mega Bangna Mall Bangkok ini sesuai untuk pelancong yang menunggu masa untuk kembali terbang pulan ke destinasi masing-masing bila memerlukan peluang untuk ‘last shopping’. Ini kerana lokasinya terletak dekat dengan Lapangan Terbang Suvarnabhumi. Jarak perjalanan hanya kira-kira 30 minit pemanduan sahaja.

Maklumat lanjut tentang shopping mall ini boleh baca di laman web Bangkok Mega Bangna.

Exit mobile version