Melancong Ke Gangwon Province Korea Permulaan Trip
|Korea Selatan antara negara yang semakin menjadi tumpuan pelancong Malaysia setiap tahun. Kepesatan pembangunan, kemasyhuran artis K-Pop, destinasi tempat menarik di Korea membuatkan MrJocko sendiri nak teroka negara ini lebih dari sekadar biasa. Kali ini, nak cerita dulu sedikit tentang cerita Melancong Ke Gangwon Province Korea Permulaan Trip pada musim Cherry Blossoms baru-baru ini.
Lepas balik dari Osaka bulan Februari, MrJocko begitu teruja bila dapat jemputan untuk mempromosikan Gangwon Province di Korea Selatan. Mungkin ramai tak biasa dengan nama Gangwon, namun kalau sebut Mount Soerak, PyeongChang, Alpensia dan banyak lagi nama, InsyaAllah ramai antara kita pernah dengar kemashyurannya.
Baca : Destinasi Pelancongan Musim Sejuk Korea Paling Popular
Melancong Ke Gangwon Province Korea Selatan
Nak tahu Tempat Menarik Di PyeongChang boleh baca di sini – http://www.mrjocko.com/2017/04/tempat-menarik-di-pyeongchang-stadium.html
Tips Pertama :
Kalau nak melancong ke Korea, sebaiknya korang beli tiket naik flight dari KLIA atau KLIA2 waktu malam. Macam MrJocko, kami menaiki penerbangan Korean Air pada jam 10.30pm. Jadi sekiranya penerbangan waktu tengah malam, kita akan jimat masa sehari di Korea.
Hari tu, kami terbang sekitar jam 11.00 malam. Selepas lebih kurang 6 jam 30 minit, kami sampai di Incheon Airport. Bermakna kami sampai di Incheon sekitar jam 6.30am waktu Korea (+ 1 Jam). Sesuai sebab satu hari kami boleh terus meneroka apa yang menarik di sana.
Tips Kedua :
Sebaiknya kalau booking tiket flight Korean Air, mestilah request menu makanan yang korang nak makan. Kalau macam Muslim, boleh request menu tersebut secara online. Mudah jer
MrJocko pernah menaiki Korean Air pada tahun 2013. Boleh baca entry blog di sini :
http://www.mrjocko.com/2014/05/korean-air-kuala-lumpur.html
Gangwon Province ni terletak agak jauh juga dari pusat bandar Seoul. Kalau normal driving, ia memakan masa sekitar 2 hingga 3 jam bergantung kepada destinasi yang korang nak tuju. Tapi, jangan risau sebab Korea Train eXpress (KTX) sedang dalam pembinaan keretapi laju dari Seoul menuju ke PyeongChang.
Namun, sebab kami travel jauh dari Malaysia, kami singgah dulu sehari di Seoul untuk teroka dulu K-Style Hub yang baharu dan menjadi destinasi ramai pelancong untuk mengenali Korea Selatan dengan lebih dekat lagi.
Ada banyak yang menarik di K-Style Hub, nanti MrJocko share dalam entry selepas ini. Palig best bila dapat bergambar dengan PSY dan juga BigBang 🙂
Kali ini juga MrJocko akan review kamera kompak Sony RX100 Mark IV, antara kamera kecil poket tetapi punyai kualiti rakaman gambar dan video 4K terbaik. Nak tengok sample gambar boleh Google di carian #RX100M4 –http://www.sony.com.my/electronics/cyber-shot-compact-cameras/dsc-rx100m4
Jom teroka Gangwon Province, Imagine Your Korea.