Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Melancong Ke Kaohsiung Teaser Day 1

Semalam, MrJocko dan beberapa wakil Travel Agent dari Malaysia terbang dari KLIA2 menuju ke Kaohsiung International Airport atas jemputan pihak Tourism Taiwan Bureau dan AirAsia. Masa untuk MrJocko melancong ke Kaohsiung, lokasi yang terletak di Selatan Taiwan.

Ikuti perjalanan MrJocko di Facebook, Instagram dan juga sedikit teaser di Blog untuk cerita travel ke Kaohsiung ini menjejak lokasi halal untuk pakej percutian Muslim.

Trip ke Kaohsiung dengan AirAsia

melancong_ke_Kaohsiung_teaser

Kami berlepas dari KLIA2 sekitar jam 8.30 pagi dengan penerbangan AK dan dijadualkan 4 jam akan merentasi Laut China Selatan sehingga ke Kaohsiung International Airport. Malangnya, oleh kerana hujan turun dengan lebat, penerbangan kami terpaksa ditunda sehingga 2 jam dan kami sampai di Kaohsiung pada jam 3.00 petang waktu tempatan.

melancong ke Kaohsiung Taiwan melancong_ke_Kaohsiung_teaser_03 melancong_ke_Kaohsiung_teaser_04 melancong_ke_Kaohsiung_teaser_05 melancong_ke_Kaohsiung_teaser_06 melancong_ke_Kaohsiung_teaser_10 melancong_ke_Kaohsiung_teaser_11

Sampai sahaja di Kaohsiung Airport, kami dijemput oleh wakil travel agent dari Tourism Taiwan, Cecelia. Dia juga pernah ketuai kami ketika Media Trip Taiwan Tourism pada November 2014. Masa tu trip kami dari Taipei, Taichung, Tainan dan Kaohsiung.

Perjalanan selama 1 jam 30 minits dan kami di bawa ke pekan Chaiyi, dimana di sini ada beberapa lokasi destinasi pelancong yang agak popular. Kami di bawa ke Maison de Chine, salah sebuah hotel terkenal dan bertaraf 4 bintang di Chaiyi City, Taiwan.

We do a hotel inspections, getting more information about the hotel and have a dinner here. They served us with Muslim Friendly foods and share the menu with us. This Maison de Chine Hotel ini Chaiyi had a Halal Certificate from Muslim Organization here in Taiwan.

Berakhirnya tugas untuk hari pertama, kami meneruskan perjalanan ke tanah tinggi di sekitar Alishan, Taiwan. Kami akan bermalam di sini disebuah ladang di kenali sebagai Long Yun Leisure Farm.

Satu jam menaiki jalan berbukit akhirnya kami sampai di Long Yun Leisure Farm di Alishan dengan suhu yang agak sejuk, sekitar 22 darjah celsius. Malam ini, kami bermalam di sini…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.