This end of my journey for Media Trip Kaohsiung AirAsia and Taiwan Tourism Bureau. Today is the last day and we will going back to Kuala Lumpur this afternoon. End of 6 days 5 night trips to Kaohsiung, Chiayi and Tainan City.
Masa untuk berkemas dan masukkan semua yang ada dalam satu beg yang sederhana besar ini. Bayangkan semua yang MrJocko beli di sumbat di dalam beg ini. Padat. Namun Alhamdulillah, semua dapat dimasukkan dengan selamat :).
Memandangkan hari ini hanya ada satu sahaja lagi yang perlu kami singgah, kami check out lambat sedikit. 10.00 pagi dan kami menuju ke kedai Pineapple Cake yang terkenal di Taiwan. Sudah pasti nak lihat dan beli kek nenas (Kuih Tart) ala Taiwan yang dikatakan sedap.
Baca : Tempat Menarik Di Kaohsiung Taiwan
Melancong Ke Kaohsiung Teaser Day 6 Last Day
Perjalanan kami ke Airport agak lancar. Berjaya untuk sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaohsiung sekitar jam 11.45 pagi dan Alhamdulillah, kami dapat check-in di kaunter Premium Flex. Mudah dan cepat, kami dapt terus masuk ke ruang berlepas dengan mudah dan selesa.
Penerbangan kami jam 1.30 petang dari Kaohsiung Airport. Alhamdulillah sekali lagi, selamat mendarat di KLIA2 pada sekitar jam 6.00 petang. Terbaik, memang tak puas seminggu di Taiwan. Pasti akan ke sana lagi. InsyaAllah.
Terima kasih kepada penerbangan AirAsia ke Kaohsiung dan juga Ground Arrangement oleh Taiwan Tourism Bureau.
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
wow best bro. nextime ajak la sekali hehe