Melawat Chanteek Borneo Gallery Untuk Kali Kedua
Dua tahun lepas MrJocko singgah di sini, Chanteek Borneo Gallery ketika menyertai Media Trip 2014 anjuran Sabah Tourism Board. Kali ini MrJocko singgah untuk penggambaran travelogue Nota Kembara Bersama MrJocko yang akan disiarkan di Saluran RTM1. Sudah pasti MrJocko happy untuk Melawat Chanteek Borneo Gallery Untuk Kali Kedua.
Kami disambut oleh pemilik Chanteek Borneo Gallery iaitu Miss Anne. Nampaknya, semakin banyak koleksi baru ada di galeri ini. Unik, menampilkan ratusan koleksi khususnya pakaian tradisional masyarakat Sabah.
Baca : Chanteek Borneo Gallery Sabah
Chanteek Borneo Gallery di Sabah
Bagi yang belum pernah singgah di Chanteek Borneo, MrJocko secara pribadi memang mengesyorkan anda untuk singgah di sini. Tak payah nak pergi jauh, di dalam galeri ini anda boleh lihat banyak koleksi pakaian tradisional kaum-kaum yang ada di Sabah. Anda boleh lihat pakaian tradisional kaum Melayu, Kadazan, Murut, Iban, Dusun, Sungai dan banyak lagi.
Koleksi pakaian tradisi ini lebih unik kerana dia dibuat dan dijahit serta dipakaikan di anak patung. Sesetengah kaum, mereka siapkan lakaran kehidupan masyarakat tersebut termasuk replika rumah suku kaum Dusun, suku kaum Sungai dan banyak lagi.
http://www.mrjocko.com/2014/10/chanteek-borneo-gallery-tamparuli-sabah.html
Untuk anda yang nak melawat Chanteek Borneo Gallery, Tiket masuk ke Chanteek Borneo Gallery ialah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Bagi pemegang Kad Pengenalan Malaysia, anda akan mendapat diskaun sebanyak RM5 setiap seorang.
Kalau anda ingin ke sini menggunakan kenderaan awam, anda boleh menaiki bas atau teksi. Jarak perjalanan biasa dari Kota Kinabalu sekitar 45 minit. Jika anda memandu, ruang parkir adalah percuma dan ia terletak di tepi jalan utama menuju ke pekan Tamparuli.
Dengan lebih dari 400 koleksi pakaian tradisi seluruh Malaysia yang dipakaikan di miniature, anda peminat seni pasti akan tertawan dengan pelbagai koleksi. Untuk info tambahan, kat sini ada pameran lebih dari 40 etnik dan suku kaum di Sabah. Menarik bukan???
Jom ke Sabah dan singgah di Chanteek Borneo Gallery. Jangan risau kerana berdekatan dengan lokasi ini ada banyak tempat menarik di Sabah yang boleh anda singgah termasuk Rumah Terbalik Tamparuli, Jambatan Gantung Tamparuli, Rumah Atas Pokok Tuaran dan banyak lagi.
Related Posts
-
Memberi Pinjam Atau Bersedekah, Mana Lagi BaikNo Comments | May 18, 2014
-
Air Tuak Asli Kelantan3 Comments | Aug 5, 2012
-
Gambar Jersey Terbaru Harimau Malaysia Piala AFF Suzuki 2012No Comments | Nov 13, 2012
-
Bila Pembentangan Bajet 2013No Comments | Sep 26, 2012
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.