Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Melawat Galeri Numismatik Bank Negara

Musim cuti sekolah masih lagi berbaki beberapa hari lagi. Apa kata jom melawat ke Galeri Numismatik di Sasana Kijang, Bank Negara.  

Mudah sahaja kalau nak cari bangunan Sasana Kijang. Trademark anda ialah bangunan Bank Negara, Menara JKR, Memorial Tun Hussein Onn dan jugak Open University Kuala Lumpur. Kalau anda sudah tahu di mana lokasi tempat-tempat berikut, anda pasti boleh jumpa bangunan Sasana Kijang, di Muzium Dan Galeri Seni Sasana Kijang, Bank Negara.

Bangunan Sasana Kijang, bangunan yang menempatkan Galeri Nunismatik (Galeri Matawang) di Bank Negara ini amat unik dan senang untuk anda cari jika berada di kawasan tersebut. Bangunan kaca ini memang senang di lihat dari jauh.

 

 

 

 
 

Apa dia Numismatik? Numismatik ini ialah salah satu aktiviti dan tempat pembelajaran dan pengumpulan  matawang, token atau apa sahaja barangan yang pernah bernilai atau mempunyai fungsi seperti duit, penyimpan nilai dan barang pengantara yang kini dikenali sebagai duit.

Di Galeri Numismatik Bank Negara (Galeri Matawang) ini anda boleh melihat pelbagai koleksi asal dan unik, kumpulan koleksi barangang numismatik seluruh dunia termasuk Malaysia. Banyak informasi berguna ada di simpan di sini. Ada koleksi yang bersifat statik dan juga koleksi informasi berbentuk digital ada dipamerkan di sini.

Jika anda peminat matawang dan mahu mencari maklumat berkenaan duit dan matawang seluruh dunia, di Galeri Numismatik Bank Negara Malaysia ialah tempat yang paling sesuai. 

Galeri Numismatik ini di buka dari jam 10.00 pagi sehingga jam 6.00 petang termasuk hari Sabtu dan Ahad. Masuk adalah percuma. Anda boleh meletakkan kenderaan anda di ruangan parking di Level 5 dengan bayaran RM3 per entry.

 

 

 

 

 

So, apa lagi. Jom ramai-ramai ke Galeri Numismatik di Bank Negara Malaysia, bangunan Sasana Kijang.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.