Melawat Saudara di Kampung Patau-Patau
|Masa melancong ke Wilayah Persekutuan Labuan, kami sempat singgah di Kampung Patau-Patau. Kalau nak tahu, Kampung Patau-Patau ni adalah perkampungan Tradisional masyarakat di sini dan ia adalah perkampungan yang dibina di atas air, kawasan persisir laut yang berteluk.
Mengikut informasi, Kampung Patau Patau 2 ini telah ditubuhkan pada tahun 1930-an. Dulu diberitakan, seluruh kampung telah dihapuskan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Yang ada sekarang adalah binaan rumah-rumah kampung yang telah dibina semula.
Penduduk kampung yang masih hidup membina semula kampung itu dengan seni bina dan konsep kampung air diambil dari idea keturunan nenek moyang mereka di Brunei. Hingga ke hari ini, penduduk kampung air menggabungkan Brunei Kedayan budaya dan adat resam mereka ke dalam kehidupan seharian mereka.
Aku tak pernah tinggal di perkampungan air ni, mulanya ingat nak cuba, tapi mungkin lain kali. Ini pun pasal percutian kami pun tak lama. Tak sempat nak timba pengalaman. Tapi dari apa yang aku tengok kat sini, masyarakt kampung Patau-patau lebih kurang sama saja dengan kampung lain. Hidup dalam komuniti dan kanak-kanak bermain bersama-sama, riang samada di laluan pejalan kaki dan motosikal atau pun di dalam laut.
Penduduk di sini ada punyai kereta, cuma mereka terpaksa parking di luar kawasan dan berjalan kaki ke rumah masing-masing atau ada yang menaiki motosikal.
Pengangkutan utama kat sini semestinya Bot atau Perahu kecil. Senang mereka mahu bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Bagi yang berminat untuk menimba pengalaman tinggal di perkampungan air ni, aku diberitahu kat sini, Kampung patau-Patau, ada penduduk yang menawarkan penginapan secara Homestay. Korang boleh cari Homestay yang di tawarkan di sini. Harga memang murah bergantung kepada saiz rumah yang mahu di sewa.
MrJocko.com
4 Comments
kalau perkampungan atas air ni…anak2 die sekecik2 budak pun dah [andai berenang kan.. =)
ya betulll… tapi aku tak sanggup nak berenang di bawah tu,,, 🙂
Wah betnye g holiday.. 😉
Nurul – dlm Malaysia jer pun 🙂