Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Melihat Pembuatan Parang Di Kuala Pilah Negeri Sembilan

Pernah juga beberapa kali MrJocko singgah di tempat orang buat parang atau golok. Tetapi tidak pernah tahu cara buat parang atau golok dengan betul. Kali ini, MrJocko berpeluang Melihat Pembuatan Parang Di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Lokasinya, di pusat Kraftangan Kuala Pilah.

Untuk pembuatan parang dan golok di Kuala Pilah ini, ia sedikit berbeza dengan pembuatan Keris di Pendang, Kedah. Ia lebih kepada buat parang dan golok untuk kegunaan harian.

Pembuatan Parang dan Golok

 

 

MrJocko bertemu dengan En Aznam, seorang pemuda yang telah lama bergiat dalam pembuatan parang dan golok di kawasan Kuala Pilah ini. Beliau yang sebelum ini telah mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat dari pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Kuala Pilah, memang ‘happy’ sebab dapat berkongsi pengalaman beliau membuat parang dengan MrJocko.

Mengikut kata beliau, tempahan parang yang beliau dapat adalah dari penduduk sekitar Kuala Pilah dan Negeri Sembilan. Sesekali, ada juga tempahan melalui online dengan kemasan dan tempahan khas yang diterima supaya dihantar keseluruh Malaysia dengan harga yan tertentu. Biasanya tempahan khas adalah lebih mahal dan mengikut rekaan tempahan bentuk tersendiri.

 

 

 

 

Harga untuk parang dan golok bermula dari RM80 untuk satu saiz sederhana. Ia bergantung kepada kualiti besi yang digunakan dan juga kayu untuk hulu dan sarung parang atau Golok. Biasanya, kalau hulu dan sarung yang diperbuat dari tanduk, harganya lebih mahal.

Proses membuat parang bermula dengan pemilihan jenis bentuk yang ditempah. Samada jenis parang atau golok. Kemudian besi terpilih akan ditempa dan dicanai mengikut bentuk. Setelah mendapat bentuk yang diingini, parang atak dicanai lagi untuk ditajamkan.

Untuk buat hulu dan sarung parang, kayu tertentu digunakan. Biasanya untuk dapatkan kualiti terbaik, ramai menggunakan kayu kemuning untuk di buat hulu dan juga sarung parang atau golok.

Setelah parang dan hulu siap dibentuk dan dikemaskan, sarung dan hulu biasanya akan diukir dan kemudian dicelup cecair untuk mengekalkan kualitinya. Pengilap kayu juga sesuai untuk lebih mencantikkannya lagi.

 

 

 

Parang atau Golok yang bagus akan tahan lama. Kualiti besi akan memastikan ia susah nak karat dan juga tumpul. Semakin baik kualiti besi dan kayu yang digunakan, semakin mahal ia dijual.

 

 

3 Comments
  • Leave a Reply Cancel reply

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.