Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Melompat-lompat Bila Dapat Main Game

Memang dua-dua tak pernah main game dance ni. Selalunya kalau jumpa game di ‘Arkeb Game’ anak anak MrJocko main game race kereta, main pancing game kanak-kanak jer. Kali ni dapat jumpa game yang joget-joget tu, apa lagi masing-masing terlompat-lompat di atas tu.

Satu token bernilai satu ringgit, nak main kena letak 2 token. So, nak jimat punya pasal, dua-dua anak MrJocko lompat main kat situ. Bercelaru pasal masing-masing tak reti nak pijak. Main hentam sungguh. Akhirnya tak sampai 2 minit, GAME OVER. Nak buat camana, markah langsung takda, hahahaha…

Yang terer main game, MrJocko, lawan Tekken5. Best. Sempat la pergi ke level 8. Tu pun banyak kali hampir-hampir kalah. Game kat arked macam ni memang dia setting game susah kot, level Professional. Kalau dia letak level Amateur, mesti tak untung dia, semua orang main-berejam-jam. 🙂
Selepas ni, kalau tak puas layan game Candy Crush, Pou atau Angry Birds di Tablet pulak :).

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.