Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Memang Murah Dan Best Main Air Di Gold Coast Morib Resort

Memang Murah Dan Best Main Air Di Gold Coast Morib Resort. Hari minggu sememangnya hari untuk keluarga. Kalau nak cari aktiviti percutian bersama keluarga yang murah, dekat dan ada taman air, apa kata jom ramai-ramai ke Gold Coast Morib Resort. Tak jauh, kalau dari Kuala Lumpur, anda cuma memandu sekitar 1 jam ke 1 jam 30 minit sahaja.

Ini adalah kali kedua MrJocko dan keluarga bercuti di Gold Coast Morib Resort selepas yang pertama dulu pada sekitar bulan Jun 2012. Di Morib Resort ini, banyak yang menarik sebenarnya, termasuk ada taman air yang memang best. Untuk kanak-kanak, apatah lagi. Ia terletak di dalam bangunan resort dan sememangnya sesuai untuk bersantai bersama keluarga.

Harga tiket masuk ke taman tema air RM30 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak. Jika anda punya ‘Kad Ahli’ Gold Coast Morib Resort, anda cuma bayar RM20 bagi Dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Harga mampu milik dan berbaloi.

Baca : Hotel Terbaik di Muar Johor

 


Best Main Air Di Gold Coast Morib Resort


 

Inap di bilik resort ini, dan seharian bawa anak-anak bermain air sampai puas di kawasan ini. Luas dan pelbagai mainan air ada untuk pilihan dewasa dan kanak-kanak. Tak perlu nak berebut, ia memang cukup untuk permainan semua pengunjung resort.

Banyak juga permainan yang ada di dalam taman air Gold Coast Resort ni. Ada gelongsor air terbuka untuk semua, gelongsor sederhana untuk semua, gelongsor besar untuk semua dan gelongsor tertutup dan extra panjang untuk dewasa. Yang ni memang best.

Di samping permainan yang ada, terdapat satu kolam renang besar untuk dewasa, satu kolam renang untuk kanak-kanak dan satu aliran seperti sungai dibuat untuk kanak-kanak dan dewasa. Kalau nak sebut lebih-lebih lagi, penat la.

Nak tahu keseronokan sebenar bermain air dan bercuti bersama keluarga di Morib, tempah pakej ke sini dan pergi la sendiri ke sana yer. Best…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.