Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

member BARU vs member LAMA

Dalam ramai2 member korang, korang rasa korang ramai member2 yg baru atau member lama???
Korang penah fikir tak??? Selama ni, korang ramai kawan baru atau korang maintain kawan lama jer??? Yg lama tu kira yg jenis keep in touch la. Kalau jenis masing2 sombong nak text sms pun kedekut nak tanya khabar, consider diorang dah lupa korang la tu.
Slalunya gini la nasib kita as friends. Mula2 pasal duk jauh2. Pastu, lama2 makin jarang sms, nak call biasa ramai yg tak buat. Paling kedekut, pakai email jer. (Bagi yg ader email dan guna email). Dr sehari ke sehari, lama2 trus lost contact. Sampai la lama2 dah tak kenal. Rugi kan…
Member ibarat supporter kita gak. Kalau tak ramai member, maybe, susah sikit kalau kita di timpa masalah. Skang yes, tak der masalah. Kendian hari, mana tau. keta rosak tgh jalan. Bateri keta kong, umah ader masalah, masalah tu, masalah ni. If ader ramai member bleh la mintak khidmat dan nasihat member. Yer tak?
Tu pasal, kalau korang tak keberatan, cari la member seramai mungkin. Akrab atau tak, terpulang. At least, kita tau kita ramai kawan. Erm cam aku dan kita yang tak femes, tak berkedudukan ni, kawan la yg boleh kita harapkan selain keluarga kita.
Yg dah berkawan tu, kompromi, tolak ansur, tolong menolong, ingat mengingat dan bantu membantu akan merapatkan ukhwah. Jgn sakiti member. Bergurau sebaik mungkin. Sedikit hal, tak yah la mabik hati.
Tak rugi kalau kita ramai kawan.

nuffnang_bid = “7daffbbf82619fe523c23a8655fd2ee8”;

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.