Menabung Seumpama Menanam Benih Pokok Untuk Berbuah
|Pernah dengar tak ada orang kata, Menabung Seumpama Menanam Benih Pokok Untuk Berbuah. Ia perlukan displin dan kesungguhan untuk menyimpan duit.
Ketika MrJocko bekerja di syarikat ternama dahulu kala, MrJocko selalu terlupa dengan konsep berjimat cermat. Selalunya, MrJocko akan habiskan hasil tuaian setiap bulan dengan membayar bil-bil yang wajib, yang tak wajib dan juga perkara-perkara yang tidak berfaedah. Langsung kadang-kadang lupa terus cara nak menabung.
Menabung Seumpama Menanam Benih Pokok Untuk Berbuah
Tapi, sejak 3 tahun lepas, MrJocko mula sedar akan kepentingan menabung. Masa tu MrJocko ambil Lesen sebagai Perunding Unit Amanah secara professional. Bermula dengan lesen asas dengan kendalian dibawah FIMM dan seterusnya aktif menghadiri kelas dan kursus setiap kali dianjurkan oleh pihak syarikat di mana MrJocko bernaung sekarang.
Sedikit demi sedikit, kini MrJocko sedap betapa ruginya selama 12 tahun MrJocko kerja tetap, punyai pendapatan yang stabil, tetapi saban hari boros dan gagal mengawal kewangan secara berhemah.
Betapa pentingnya menabung untuk masa hadapan, seperti menanam benih yang kecil dan mengharapkannya semakin besar dan berguna kepada kita apabila ia mencapai tempoh matang.
Masih ramai lagi yang belum sedar kelebihan menabung dan menanam benih kecil ini. Untuk dapatkan hasil yang lumayan bukan mudah. Pokok balak yang besar itu, asal hanya dari benih yang sekecil biji buahan sahaja. Begitu juga duit yang banyak, ia dikumpul dari nilai 1 sen, sehingga ia mencapai jumlah jutaan ringgit. Mari lah sama-sama menyimpan dan menabung.
Mulakan dengan 1 sen anda yang pertama.
Kalau ada masalah pasal pengurusan wang, boleh cuba ke AKPK https://www.akpk.org.my
mr jocko x menabung pun pitih banyok.
Menabunggggg