Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Menaiki Ferry Cijin Island Kaohsiung

Pengalaman menaiki Ferry Cijin Island Kaohsiung adalah satu yang menarik. Cijin Island ialah sebuah pulau kecil yang hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja dengan menggunakan feri. Anda boleh nikmati pengalaman menaiki ferry Cijin Island Kaohsiung dan nikmati pemandangan muara dan pelabuhan Feri Cijin Kaohsiiung (Cijin Ferry) yang lain dari yang lain.

Untuk ke Cijin Island Kaohsiung, anda boleh juga menaiki kenderaan seperti kereta, bas atau motosikal dengan menggunakan perjalanan dari Kaohsiung Harbour. Ada jalanraya yang menghubungkan dari Kaohsiung Harbour ke Cijin Island Koahsiung.

Cijin Island Kaohsiung adalah tempat yang sangat menarik untuk dilawati dengan banyak aktiviti dan destinasi menarik untuk anda dilakukan dan dilawati. Pulau Cijin di Kaohsiung ini dikatakan sebagai tempat terbaik untuk makan makanan laut segar di Kaohsiung. Tak lupa juga ada pelbagai daya tarikan dan makanan, pulau ini menawarkan pantai bersih yang bagus di mana laut yang indah dan hangat untuk berenang. Terdapat keunikkan sebenarnya tentang Cijin Island Kaohsiung yang menjadikan ia tarikan pelancong bernilai dan akan diulangi oleh mereka yang pernah melancong ke sini.

Ferry Cijin Island Kaohsiung

Cijin Island Kaohsiung Ferry

Antara tarikan di pulau ini ialah Tokong Tianhou & Cihou, Cihou Fort, Cijin Seashore Park, Windpower Park, dan YM Muzium Maritim Exploration. Kata orang ramai, Rumah Api Cihou antara tarikan popular. Ia telah dibina oleh pasukan Jurutera British pada tahun 1883 dan ia telah digunakan selama lebih 100 tahun. Sehingga kini ia masih menjadi tarikan pelancong jika melancong ke Cijin Island Kaohsiung.

Memandangkan ada banyak yang menarik di Cijin Island Kaohsiung, anda mesti habiskan satu hari di sana untuk menikmati suasana pemandangan yang hebat, melihat tempat-tempat menarik serta menikmati makanan laut lazat dan segar di Kaohsiung.

Cijin Island Kaohsiung Ferry Cijin Island Kaohsiung Ferry Cijin Island Kaohsiung Ferry Cijin Island Kaohsiung Ferry Cijin Island Kaohsiung Ferry

Cijin Island Kaohsiung Ferry Cijin Island Kaohsiung Ferry ferry_cijin_island_kaohsiung_11

Antara yang menarik di Cijin Island Kaohsiung

Lokasi lain yang selalu menjadi tumpuan jika ke Cijin Island Kaohsiung ialah Bekas Konsulat British di Dagou, Kaohsiung Harbour, Sizihwan Bay dan juga Sun-Yat Sen University.

Bagaimana untuk sampai ke Cijin Island Kaohsiung? Anda boleh menggunakan perkhidmatan Metro (Kereta Api Bawah Tanah), naik feri ke Pulau Cijin dan juga menggunakan kenderaan seperti kereta, bas atau motosikal.

Secara peribadi, kalau anda seorang pelancong, anda naik je Ferry Cijin Island Kaohsiung. Feri di sini sangat mudah untuk digunakan dan tidak memerlukan sebarang percakapan. Oleh itu, bahasa tidak menjadi masalah. Hanya beratur di pintu masuk, beli tiket feri sekitar TWD20 (RM2.00) dan naik feri sehingga ke pelabuhan Cijin Island Kaohsiung. Ia cuma mengambil masa selama 5 minit sahaja tetapi pemandangan di sini memang menakjubkan.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.