Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menang Lucky Draw Terbaik Dari Huawei Honor 1st Anniversary

Jemputan untuk menghadiri majlis sambutan Ulangtahun Huawei Honor 1st Anniversary pada 28 April 2015 bertempat di Lake Symphony KLCC merupakan majlis dan event terbaik yang pernah MrJocko hadiri selama menjadi seorang Blogger. Kenapa event bersama Huawei, Ulangtahun Pertama 1st Anniversary ini terbaik? Sebab, Menang Lucky Draw Terbaik Dari Huawei Honor 1st Anniversary

Meh sini MrJocko nak kongsi kegembiraan ini.

Mungkin ramai juga yang belum tahu bahawa Huawei merupakan satu jenama smartphone yang semakin mendapat tempat di hati pengguna smartphone di Malaysia, malahan di dunia. Mereka baru sahaja menyambut 1st Anniversary pada bulan April ini dan sekaligus melancarkan model smartphone terbaru mereka iaitu Honor 6 Plus dan juga Honor 4C untuk pilihan pengguna.

Baca : Huawei Smartphone Terbaik

 


Menang Lucky Draw Terbaik Dari Huawei Honor 1st Anniversary

Menang Lucky Draw

Majlis yang gemilang ini diadakan di Lake Symphony KLCC dan ia dihias dengan warna-warna biru serta merah untuk menyambut tahun kegemilangan pertama Huawei dipasaran antarabangsa. Walaupun baru, sebenarnya ada banyak smartphone Huawei ini menjadi pilihan ramai kerana kualiti dan sudah tentu dengan rekaan yang menarik.

Untuk info, MrJocko sendiri menggunakan Huawei Ascend G6 sudah hampir satu tahun dan ia memang punyai spesifikasi kamera belakang yang sharp dan kamera depan selfie yang sangat wide.

Sudah pasti malam sambutan Huawei Honor 1st Anniversary ini dilimpahi dengan banyak goodies bag dan juga hadiah-hadiah yang menarik kepada rakan media sebagai tanda terima kasih pihak Huawei Technologies Co. Ltd atas sokongan media selama ini.

Cabutan bertuah kali ini, ada 5 smartphone Huawei Honor 6 Plus dan 5 smartphone Honor 4C dan banyak lagi produk Huawei termasuk Talkband B1, Bluetooh dan pelbagai Voucher disediakan kepada semua media dan yang bertuah akan membawa pulang smartphone ini.

Cara lucky draw kali ini berbeza bila Kupon Hadiah bertuah diletakkan di dalam belon dan kemudiannya dilepaskan kepada tetamu dan media. Mereka diberikan peluang untuk memecahkan belon dan mendapatkan Kupon Bertuah yang kemudiannya boleh ditukarkan kepada hadiah-hadiah yang telah disediakan.

Memang betul kata orang, kalau sudah rezeki, ia akan datang bergolek didepan kita sebagai tanda ia memang rezeki yang telah dianugerahkan oleh tuhan.

Di saat rakan-rakan media lain memecahkn belon, MrJocko cuma ambil peluang mengutip sahaja kepingan Kupon yang jatuh di lantai. Hanya kutip dan kutip sehingga semua kupon yang disediakan telah habis. Selepas itu, baru MrJocko lihat dan semak samada ia kupon bertuah atau tidak.

Menang Lucky Draw
Menang Lucky Draw

Menang  Huawei Honor 1st Anniversary

Alhamdulillah, teknik macam ini berkesan. Rezeki malam ini MrJocko berjaya mendapatkan 4 kupon hadiah yang menarik termasuk Satu (1) Kupon Hadiah Honor 6 Plus, Satu (1) Honor 4C dan Dua (2) Kupon Hadiah Talkband B1 yang sememangnya MrJocko kutip atas lantai yang dibiarkan oleh rakan-rakan yang lain.

Apa yang boleh MrJocko katakan, cuma ucapan Alhamdulillah atas kurniaan rezeki terbaik selama sertai event dan juga Lucky Draw selama ini. Paling menarik, dengan hadiah lucky draw ini MrJocko dapat berkongsi dengan rakan media lain yang tidak berpeluang menang. Apa salahnya kalau kita dapat lebih, kita kongsi kepada rakan yang lain, kan???

Terima kasih kepada Cipotz Red atas jemputan dan juga pihak Huawei Malaysia yang menjemput MrJocko dan Bloggers Media untuk majlis ini. Alhamdulillah, jimat duit kerana tak perlu nak beli smartphone baru. Kini MrJocko sangat puas hati menggunakan Huawei Honor 6 Plus yang memang terbaik.

Untuk review smartphone Huawei Honor 6 Plus ini akan MrJocko kongsi dalam bentuk Video dan entry dalam masa terdekat.

 

Menang Lucky Draw

 

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.