Menang RM500 Dengan Contest Our Canvas Your Story #ShellKita
|Andai anda seorang pengguna petrol atau diesel di Stesen Shell seluruh Malaysia, pasti anda akan sedar dengan kempen meraikan Ulantahun Shell ke-125 Tahun. Kempen ini dikenali dengan Peraduan Shell Our Canvas Your Story. Peluang Menang RM500 Dengan Contest Our Canvas Your Story #ShellKita
Shell Malaysia kali ini meraikan sambutan 125 tahun dengan menampilkan projek seni 8 artis tempatan dengan 15 lukisan mural di stesen Shell terpilih di seluruh negara. Seni mural ini merupakan idea kreatif artis sendiri sebagai semangat perintis di Malaysia.
Peraduan Shell Our Canvas Your Story
Antara pelukis hebat yang terlibat dalam sambutan Shell ke-125 tahun ini ialah hasil karya Datuk Lat, Cheeming Boey, Sabek, Yap Hanzhen, Amey Sheikh Ali, Caryn Toh, Thomas Powell, dan Dmojo di mana setiap satunya memberi makna dan inspirasi kepada kita.
MrJocko sendiri sempat singgah di Shell Jalan Dato Bandar Tunggal Seremban untuk berselfie dan merakam gambar bersama anak-anak dengan lukisan dari hasil karya Caryn Koh yang bertajuk ‘PRIHATIN”.
Jom sertai contest mudah ini dengan merakamkan gambar selfie atau gambar menarik anda berlatarbelakangkan gambar-gambar mural ini dan kongsikan di laman Instagram anda. pemenang terpilih bakal memenangi hadiah dari Shell Malaysia bernilai RM500 setiap seorang.
Contest Our Canvas Your Story #ShellKita
Cara-cara untuk sertai Contest ‘Our Canvas, Your Story’ ni adalah :
1. Ambil gambar dengan mural yang terpilih di stesen Shell
2. Upload di instagram dan guna hashtag #ShellKita
3. Tag dua orang kawan atau rakan anda
4. Tulis caption menarik tak lebih 40 patah perkataan.
Untuk makluman, contest “Our Canvas, Your Story” ini hanya dijalankan selama 2 minggu sahaja. Bermula daripada 5 September 2016 sehinggalah 18 September 2016. Jangan lepaskan peluang ini. Sertai peraduan ini dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah petrol percuma bernilai RM500!
Untuk informasi anda, lawati stesen Shell berikut untuk ber’selfie’ dan bergambar untuk Contest Oiur Canvas Your Story Shell 125 Years Celebration :
Tezz Enterprise, Shell Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Oils Ehsan Station Sdn Bhd, Shell Jalan Duta Klang Bound, Kuala Lumpur
Dziyalite Resources, Shell KESAS R&R Kinrara, Kuala Lumpur
HJE Service Centre, Shell Guchil Lebuhraya Gua Musang, Kelantan
KRSB Maju Enterprise, Shell Dungun 2, Dungun, Terengganu
Desa Sutra Enterprise, Shell Temerloh RSA Eastbound, Temerloh, Pahang
ADZ Enterprise, Shell Jelutong Expressway, Sungai Petani, Kedah
Muliyar Enterprise, Shell Jelutong Expressway, Pulau Pinang
Syalia Enterprise, Shell Jalan Kuala Kangsar Ipoh, Perak
Karisma Aiman Enterprise, Shell Jalan Datuk Bandar Tunggal, Seremban, N Sembilan
R A Talang Enterprise, Shell Bandar Ayer Keroh, Melaka
Raqiv Enterprise, Shell Jalan Tun Razak, Johor Bahru, Johor
PJSS Enterprise, Shell Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching, Sarawak
Asianera Auto Sdn Bhd, Shell Miri Bypass Lopeng, Miri, Sarawak
Golden Hill Enterprise, Shell Jalan Donggongan Bypass, Kota Kinabalu, Sabah
Maklumat lanjut, layari http://www.shell.com.my/murals . Ini peluang anda untuk Menang RM500 Dengan Contest Our Canvas Your Story Shell Malaysia.