Menara Alor Setar Memang Berbaloi Untuk Anda Lawati
Sebelum ini, pernah beberapa kali datang ke bandar Alor Setar. Tapi, tidak pernah ada peluang naik ke Menara Alor Setar. Menara ini walaupun tidak setinggi Menara KL, Menara Berkembar Petronas KLLC, tetapi ia tetap menjadi kebanggaan rakyat Kedah. Satu bandar Alor Setar korang boleh teroka dari sini. Menara Alor Setar Memang Berbaloi Untuk Anda Lawati
Untuk info, Menara Alor Setar ini adalah menara setinggi 165.5 m, menara untuk tujuan telekomunikasi. Selain menjadi peranan sebagai menara telekomunikasi, ia juga memenuhi keperluan sebagai destinasi pelancongan di bandar Alor Setar.
Baca : Tempat Buat Gendang Silat Di Pendang Kedang
Menara Alor Setar Memang Berbaloi Untuk Anda Lawati
Menara Alor Setar Kedah
Menara Alor Setar ini juga menempatkan beberapa restoran dan kedai-kedai cenderamata. Untuk orang Islam, ia digunakan untuk tujuan melihat anak bulan (mencerap anak bulan) bagi menandakan permulaan puasa seperti Ramadhan dan hari raya bagi bulan Syawal serta Zulhijjah.
Walaupun bangunan menara ini tinggi, tetapi Dek Pemerhatian (Observation Deck) terletak pada ketinggian 88 m. Pun begitu, view memang berbaloi. Angin yang agak kuat dan sejuk mungkin akan membuatkan anda rasa ‘best’ bila ada di atas Menara Alor Setar.
Menara Alor Setar Memang Berbaloi
Ada kedai makan, ada kedai cenderahati, sesekali ada pameran berkaitan, lebih-lebih lagi beberapa pameran berkaitan dengan ‘telekomunikasi’ seperti telefon lama dan alatan komunikasi lain. Ruang bawah di Menara Alor Setar ini dibuka secara PERCUMA untuk orang awam.
Ruang parkir di depan Menara juga ada banyak. Kalau nak lebih selesa, boleh parking di dalam bangunan Aman Central Mall, yang terletak di hadapan Menara Alor Setar.
Tiket masuk ke Menara Alor Setar ialah RM9.00 bagi dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Kalau anda nak rasakan kelainan, boleh ambik pakej makan-makan di Restoran Seri Angkasa Alor Setar (Seri Angkasa Revolving Restaurant). Kalau nak tahu pakej harga buffet di Restoran Berputar Seri Angkasa Alor Setar ini boleh layari laman web http://www.menaraalorstar.com.my/
Ada masa, InsyaAllah MrJocko nak naik lagi ke Menara Alor Setar. Duduk di atas menara ni, berangin dan rasa best sangat-sangat. Ada rezeki lebih, jom kita makan di Restoran Berputar Seri Angkasa Alor Setar 🙂
Related
Related Posts
-
Rezeki yang bergolek-golek
1 Comment | Sep 7, 2011
-
Kereta Ni Accident Pelik
No Comments | Mar 20, 2012
-
Jejak Sandakan Heritage Trail Santai Bersama Family
No Comments | Jul 18, 2014
-
Bilik Besar Hanya Untuk Dua Orang Sahaja
No Comments | Nov 8, 2012
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.