Menara Ini Hampir Sama Menyerupai Menara Rebung TM
|Semasa MrJocko ke Ho Chi Minh beberapa tahun yang lepas, MrJocko terlihat sebuah bangunan yang paling tinggi di sekitar bandaraya Ho Chi Minh ini dan ia mengingatkan MrJocko pada sebuah bangunan yang terkenal di Kuala Lumpur. Menara ini dikatakan menyerupai Menara Rebung TM.
Cuba anda perhatikan betul-betul, kalau sekali imbas, mesti anda juga akan berkata, ia menyerupai bangunan Menara Rebung TM di Bangsar bukan??? Kalau anda selalu lihat Menara Rebung, mesti akan perasan persamaan bangunan ini.
Menyerupai Menara Rebung TM
Menyerupai Menara Rebung TM
Kalau nak tahu, ini ialah bangunan Bitexco Financial Tower yang merupakan bangunan tertinggi di Ho Chi Minh, Vietnam. Bangunan ini kini menjadi salah satu mercutanda di Ho Chi Minh. Tak pasti pulak kalau bangunan ini dibuka untuk orang awam, tetapi yang pasti ia menjadi bangunan untuk pejabat-pejabat dan syarikat-syarikat terkenal di Ho Chi Minh.
Menara ni nampak macam sama, tetapi ada sedikit sahaja perbezaan antara bangunan Bitexco Financial Tower dengan Menara Rebung Telekom Malaysia ini. Puncak bangunan di Bitexco Financial Tower tidak setajam Menara Rebung TM.
Dari jauh, ia sudah kelihatan. Dari Pasar Ben Thanh Markets dah nampak menara bangunan ini tersergam indah di Ho Chi Minh. Rata-rata warga Ho Chi Minh sudah pasti dah biasa dengan pemandangan ini.
Menara Rebung TM