Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menara Kuala Lumpur Kembali DiBuka 30 November 2020

Selepas beberapa lama ditutup akibat pandemik Covid-19 dan arahan PKP, kini ada berita baik untuk semua pengunjung yang ingin melawat KL Tower atau Menara Kuala Lumpur. Untuk informasi semua, Menara Kuala Lumpur Kembali DiBuka 30 November 2020. Pembukaan kembali Menara Kuala Lumpur ini akan lebih teratur dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Berita tentang pembukaan kembali pintu masuk ke Menara Tertinggi di Malaysia ini diumumkan di laman Facebook Menara Kuala Lumpur Official dan juga di laman web rasmi mereka MenaraKL.com.my

Baca : Pengunjung Ke 1 juta Menara Kuala Lumpur 2019

 


Menara Kuala Lumpur Kembali DiBuka 30 November 2020

Menara_Kuala_Lumpur_Kembali_DiBuka_30_November_2020_01 copy

KL Tower Malaysia

Pintu Masuk Menara Kuala Lumpur

Kredit Gambar : Facebook Menara Kuala Lumpur

Dengan pembukaan pada 30 November 2020 ini, ada tawaran 100 Tiket Masuk Percuma ke Observation Deck kepada pemegang MyKad dan MyKid sehingga hujung tahun ini, 31 Disember 2020.

Untuk yang belum tahun, antara tarikan yang ada di Menara Kuala Lumpur ialah di Observation Deck, Sky Deck, Sky Box, Tower Facade Lightnings dan juga Jelutung Tree. Di Menara Kuala Lumpur juga ada tarikan untuk makanan hebat seperti di Restoran Atmosphere 360, Restoran Moghul Mahal, Sky Cafe dan juga Santinos Pizza.

Tidak lupa juga, dibahagian bawah ada pilihan untuk aktiviti di Mini Zoo, Upside Down House, Blue Coral Aquarium dan KL Forest Ecopark.
 

waktu operasi Menara Kuala Lumpur PKPB
Waktu Operasi Menara Kuala Lumpur PKPB

Waktu operasi Menara Kuala Lumpur diwaktu PKPB ini ialah dari jam 11.00 pagi hingga jam 7.00 petang pada hari biasa dan seawal jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam pada hari hujung minggu.

Menara_Kuala_Lumpur_Kembali_DiBuka_30_November_2020
Puncak Menara Kuala Lumpur

 

Good Morning!
KL Tower is now OPEN!, starting today 30.11.2020 ♥️
We are ready to welcome the guests and visitors. Do come & visit us!
100 FREE tickets to Observation Deck for MyKad & MyKid card holders until 31 December 2020
.
Follow our Social Media Platform to know more about our attractions at KL Tower :-

👉 Facebook : Menara Kuala Lumpur (KL Tower Official)
👉 Instagram : menarakl
👉 Twitter : Menara_KL

Sumber : Facebook Menara Kuala Lumpur (KL Tower)

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.