Site icon Travel Blogger Malaysia

Apa Yang Menarik Di Dataran Johor Bahru?

Sebelum ni MrJocko pernah kongsi tentang Steamboat di Dataran Johor Bahru dan ia antara lokasi tempat makan menarik di JB. Sebenarnya, ada yang menarik di Dataran Johor Bahru ni (Dataran JB), ada lagi yang menarik untuk anda lawati. 

Selain dari layan makan steamboat di Dataran JB, korang juga boleh bersantai di padang di Dataran JB di mana di sini ada disediakan kawasan lapang percuma untuk aktiviti anda bersama keluarga.

Baca : Tempat Popular Di Johor Bahru

Apa Yang Menarik Di Dataran Johor Bahru?

Steamboat Dataran JB

 

Selepas makan steamboat, MrJocko sempat layan my kids bermain di padang Dataran JB. Oleh kerana kami tak bawa basikal atau skuter sendiri, maka, kami sewa basikal elektrik di Dataran JB ini dengan kadar sewa RM2 untuk 15 minit. Harga yang berpatutan.

Selain dari basikal elektrik, korang boleh sewa roller blade, skateboard, hoverboard dan juga beberapa peralatan lain di sini dengan kadar sewa yang agak berpatutan. Kalau nak lebih menarik, boleh sewa Segway yang lebih hebat dan pusing sekitar Dataran JB.

So, jangan lupa kalau ke Johor Bahru, singgah di sini Dataran JB. Ada banyak yang menarik di Dataran Johor Bahru untuk korang semua lakukan aktiviti sepanjang hari. Kalau dulu, lebih meriah di sini sebab ramai dan banyak aktiviti, tetapi kini nampaknya semakin kurang sebab peralihan zaman kot.

Nak cari makanan di sekitar Dataran JB mudah sahaja, ada juga outlet KFC Dataran JB, Kedai Mamak Yasin dan juga banyak kedai steamboat, sup gear box dan beberapa kedai Tomyam berdekatan dengan Dataran JB ini. Selamat mencuba.

 

Exit mobile version