Site icon Travel Blogger Malaysia

Apa Yang Menarik Di Universal Studios Japan Osaka

Ada banyak yang menarik di Universal Studios Japan Osaka. Kalau nak disebutkan satu persatu, tidak terkira banyaknya. Dari attraction untuk kanak-kanak sehinggalah kepada kami, orang dewasa, semuanya menawarkan pelbagai pengalaman di taman tema Universal Studios Japan yang unik dan berbeza.

Dari pintu masuk ke Universal Studios Japan lagi sudah nampak kemeriahan di taman tema di Osaka Jepun ini. Anda boleh bergambar dulu di ‘Globe’ di hadapan pintu masuk sebelum ke pintu utama. Kat sini pun sudah membuatkan kita teruja.

Best sangat di Universal Studios Japan Osaka

strong>

menarik universal studios japan 08 copy

Menarik di Universal Studios Japan bila kawasan permainan dan tarikan di sini disusun dengan sebaiknya. Untuk permainan kanak-kanak, anda boleh melawati ruang pameran seperti Hello Kitty Ribbon Collection ini. Atau mungkin beratur untuk menaiki ride Elmo’s Go-Go Skateboard di lokasi berhampiran.

Anak-anak boleh memandu kereta atau rides lain di kawasan ini sebagai pilihan mereka. Meriah sana sini melihat keriangan kanak-kanak di Universal Studios Japan.


 

Sepanjang jalan di Universal Studios di Osaka ini, anda boleh lihat ada banyak pentas. Setiap jam akan ada beberapa persembahan samada nyanyian, pertunjukkan, tarian dan pelbagai lagi show menarik untuk pengunjung di dalam taman tema ini. Berkebetulan, ketika MrJocko di sini bulan lepas, kami diraikan dengan tema ‘Halloween Party’ dengan pelbagai kustom yang menarik.

Bukan sahaja crew di sini memakai pakaian bertemakan Halloween, tetapi pengunjung juga turut sertai party ini dengan mengenakan pakaian Halloween.
 


 

The Amazing Spider-Man ride di Universal Studios Japan juga antara satu tarikan di sini. MrJocko berpeluang untuk menaiki ‘ride’ ini dan mengalami satu pengalaman baru bersama-sama Spider-Man dalam menewaskan penjahat di New York City. 

Kesan dari menaiki ride Spider-Man 4D ini memang mengujakan. Diakui, kesan khas umpama seperti terbang dan terkenas tempias air dan haba panas dari letupan sangat mengujakan sesiapa sahaja.
 

 
Pernah anda terfikir untuk melawat Harry Potter di Hogwarts School??? Jika ya, ini peluang anda untuk mengalami suasana umpama di Hogwarts School dan kisah lagenda Harry Potter yang terkenal. Di sini, kawasan ini diubah menjadi sebahagian dari Hogwarts Street dan beberapa lokasi utama dalam filem Harry Potter.

Itu belum lagi kisah MrJocko mencuba ride terbaik dunia (Undian dari seluruh dunia) yang diberi nama Harry Potter The Forbidden Journey. Ia pengalaman yang tidak mungkin anda dapat di mana-mana selain di Universal Studios Japan dan Universal Studios Los Angeles.

Baca : Harry Potter Ride Di Universal Studio Japan

 

 
Masa untuk merancang percutian anda ke Universal Studios Japan bersama keluarga, rakan ataupun mungkin pergi solo dahulu. Ada banyak yang menarik di Universal Studios Japan untuk anda alami keterujaan di taman tema terbaik di Jepun ini. Terbang bersama AirAsiaX dari KLIA2 menuju ke lapangan terbang antarabangsa Kansai dan alami percutian best di Universal Studios Japan.

Exit mobile version