Mengapa Perlu Melancong ke Malaysia? Malaysia adalah salah satu destinasi pelancongan terkemuka di Asia Tenggara yang mempunyai pelbagai tarikan unik dan aktiviti-aktiviti yang memenuhi minat kosmopolitan, peminat kebudayaan, sejarah dan semulajadi.
Malaysia terbahagi kepada Semenanjung Malaysia di Barat dan Malaysia Timur, sebahagian daripada kepulauan Borneo, negara ini akan memikat anda dengan pengalaman membeli-belah di bandar-bandar moden, keindahan seni budaya dan warisan semula jadi flora dan fauna!
Mengapa Perlu Melancong Ke Malaysia
Panduan Mudah Untuk Pelancong Yang Melawat Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara yang sesuai untuk semua . Di sini, ada pelbagai himpunan budaya dari pelbagai etnik masyarakat yang menjadi warganegara Malaysia. Kepelbagaian dari segi agama dan budaya serta ideologi fahaman yang berbeza, namun kini serasi bersama dibawah gaya hidup 1Malaysia.
Agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Namun semua rakyat tidak dihalang untuk menganuti agama mengikut kefahaman mereka. Di Malaysia, terdapat kepelbagaian fahaman agam termasuk Islam, Hindu, Buddha, Sikh, Kristian dan lain-lain lagi.
Antara yang menjadi tumpuan di Malaysia ialah bila tiba musim perayaan. Sana sini, ia meriah dengan pelbagai perayaan yang berwarna warni serta disambut meriah oleh segenap bangsa Malaysia.
Malaysia adalah tanah dalam kepelbagaian etnik dan budaya. Data demografi yang mendedahkan bahawa penduduknya terdiri daripada 62% orang asli yang dikenali sebagai Bumiputera, 24% Cina, 8% kaum India, dan pelbagai yang lain, yang lebih kecil minoriti dan ekspatriat.
Andai anda seorang pelancong, anda mempunyai peluang untuk melawat kepelbagaian kebudayaan, tempat bersejarah, keindahan pulau, flora dan fauna di iklim Khatulistiwa serta ‘shopping heaven’ untuk mereka yang kaki shopping.
Kalau nak dibandingkan dengan negara sekitar ASEAN, Malaysia tetap kompetitif dalam memberikan peluang pengalaman melancong terbaik untuk semua pelancong yang datang ke Malaysia. Harga bilik hotel yang murah, variasi makanan yang pelbagai dari segi pilihan makanan kaum Melayu, Cina, India dan banyak lagi.
Pilihan tempat membeli belah yang ada jenama antarabangsa, tetapi dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding negara-negara sekitarnya.
Anda pasti akan terpesona dengan Malaysia. Datang lah ke Malaysia dan alami maksud sebenar Asia. Malaysia Truly Asia.