• Fri. Sep 22nd, 2023

mengisi e-Filing Online LHDN

ByMrJocko

Mar 4, 2010 #Aku, #Online
IMG00403-20100304-1508
Mengisi e-Filling Online LHDN
Mengisi e-Filling Online LHDN

 

Skang dah masuk bulan MAC, dan borang e-Filing dah boleh di akses melalui PC atau Lappy korang.

 

Sejak 2 tahun lepas aku dah start isi e-Filing pasal mudah dan cepat. Bila2 pun boleh buat. Bleh print dan trus simpan. Tak macam dulu nak kena tulis tangan, pastu pos dan blum tentu sampai. Pastu Pembayar Cukai cakap dah POS dan LHDN cakap tak pernah terima. Dan mula gaduh pasal masing2 tak puas hati. 🙂

 

Kalau korang bujang senang jer la. Isi individu. Kalau yg dah kawin cam aku, kena decide mana yg terbaik. Pasal kalau declared sendirian hasilnya lain, kalau declared bersama, hasilnya lain…

 

Kenapa pilih terbaik? Pasal member aku penah mengeluh, tak camana dia tersalah isi, dia terpaksa bayar lebih. Yang ni aku pun tak sure salah saper. Salah dia yang tak pandai isi borang ker? Atau salah LHDN yg buat borang yg susah orang nak faham? AKu rasa borang LHDN tu senang jer.

 

Bila dah isi borang dan bayar cukai tak kurang jugak yg mengeluh pasal terpaksa bayar cukai hampir sebulan gaji. Yer ker ada cam tu? Aku punya sikit jer, jadi tak la terasa.

 

So, saper yg dah dapat borng EA Form tu, boleh la start isi e-Filing. Cam aku blum dpt, masuk cuma nak blajar2 isi balik borang tu. Maklum la, setahun sekali baru isi.

 

Mengisi e-Filling Online LHDN

*kat bahagian “Maklumat Isteri Lain – Saper yg kawin lebih dari satu, bleh declare kalau berani… keh keh keh

Bagaimana dengan korang? Sudah Mengisi e-Filling Online LHDN?

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

2 thoughts on “mengisi e-Filing Online LHDN”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.