Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menjejak Pembuat Gendang Silat Di Pendang Kedah Pak Lang Isa

Tak jauh dari tempat membuat keris, di kampung yang sama, kami ke satu lagi lokasi pencarian Nota Kembara Bersama MrJocko yang patut anda saksikan nanti. Kami seharian bersama dengan keluarga Pak Lang Isa, merupakan seorang Tok Guru Silat yang dikenali sebagai Kumpulan Seni Silat Gayong Pendang. Selain dari silat, kami juga Menjejak Pembuat Gendang Silat Di Pendang Kedah, iaitu Pak Lang Isa sendiri.

Berbeza dengan gendang persembahan, bentuk dan bunyi gendang silat ini mempunyai keunikkan dan caranya yang tersendiri. Namun, bahan asas untuk membuat gendang silat tetap sama iaitu Kayu, Rotan, Tali dan semestinya Kulit Lembu.

Baca : Pak Lang Isa Pendang Kedah

 


Gendang Silat oleh Pak Lang Isa

pembuat gendang silat

Menjejak Pembuat Gendang Silat Di Pendang Kedah
 

Pembuatan Gendang seperti Gendang Silat ni sepatutnya perlu diberi publisiti yang lebih besar. Ia antara tradisi Melayu yang patut kita kembangkan kepada generasi muda. Persembahan Gendang Silat dan juga Silat memang satu khazanah Melayu yang tidak patut pupus dan perlu dikekalkan sampai bila-bila.

Peluang MrJocko melihat sendiri bagaiman pembuatan Gendang Silat di Kampung Gelong Gajah oleh Pak Lang Isa memang membuatkan rasa bangga menjadi orang Melayu. Bangga juga melihat usaha Pak Lang Isa dan kumpulan Silatnya yang masih begitu kuat dengan tradisi Melayu.
 

pembuat-gendang-silat-di-kedah-03 pembuat-gendang-silat-di-kedah-06 Menjejak Pembuat Gendang Silat Di Pendang Kedah Menjejak Pembuat Gendang Silat Di Pendang Kedah Menjejak Pembuat Gendang Silat Di Pendang Kedah Menjejak Pembuat Gendang Silat Di Pendang Kedah

 

Mereka sebenarnya bukan sahaja meneruskan tradisi Gendang Silat dan Silat, mereka sebenarnya penyambung budaya tradisional orang Melayu dengan usaha mereka dalam pembuatan Gendang Silat dan juga Pencak Silat Gayong Pendang.

Di Kampung Gelong Gajah, Pendang ini, Pak Lang Isa mempunyai ratusan anak murid, anak-anak muda generasi baru yang kini meneruskan minat dalam seni Pencak Silat dan juga persembahan Gendang Silat.

Saya dan Crew Nota Kembara Bersama MrJocko amat berpuas hati dan bertuah kerana dapat bertemu dengan mereka dan juga menjalankan penggambaran Travelogue di sini. Untuk Pak Lang Isa dan Keluarga serta kaum kerabat serta penduduk Kampung Gelong Gajah, terima kasih atas sambutan dan layanan terbaik kepada kami semua.

Kalau anda nak cari siapa Pembuat Gendang Silat, boleh ke Pendang, Kedah dan cari Pak Lang Isa.
 

pembuat_gendang_silat_pendang_kedah_11

Info Tambahan : Muzik Gendang Silat Wikipedia

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.