Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menjejaki Rempah Di Deira Spice Souk Dubai

Beberapa langkah dari Stesen Abra (River Cruise) Deira Old Souq dan juga dari Dubai Gold Souk, anda sudah boleh mendengar jeritan suara beberapa peniaga pasar di Pasar Rempah atau lebih dikenali sebagai Deira Spice Souk Dubai.  

Di lorong ini, anda akan dapat melihat beberapa orang pekerja sedang sibuk kerja keras untuk memunggah pelbagai guni dari jenis kemenyan aromatik, lemon kering, herba dan perisa eksotik yang mana kesemuanya disimpan dalam karung guni kain bersama buah-buahan kering, kacang, wangian dan beberapa jenis bahan rempah yang lain.

Walaupun ini cuma pasar rempah, tetapi ia mempunyai tarikan untuk pelancong dan anda memang boleh jalan-jalan sekitar lorong rempah ini sekadar untuk mendapatkan ‘feel’ herba dan rempah yang dijual sekitar Deira Spice Souk.

Baca : Sheikh Muhammad Centre Dubai UAE

Deira Spice Souk Dubai

Ada banyak rempah ratus dijual di sini termasuk beberapa gerai jualan barangan cenderahati, sisha dan kedai aksesori kecil sebagai tarikan untuk pelancong berbelanja di sini.

 

Deira Spice Souk di Dubai
Deira Spice Souk di Dubai

Deira Spice Souk di Dubai Deira_Spice_Souk_Dubai_02

 

Masuk sahaja ke lorong rempah ini, Deira Spice Souk, anda akan terasa segar dengan bauan haruman rempah dan beberapa bauan wangian lain. Sesetengah rempah yang ada dijual di sini memang jarang MrJocko lihat dan ia antara bahan-bahan rempah yang terkenal di Dubai. 

Kebayakkannya memang menjadi bahan masakan masyarakat Dubai dan digunakan dalam masakan tradisi mereka.

 

Deira_Spice_Souk_Dubai_03 Deira_Spice_Souk_Dubai_04 Deira_Spice_Souk_Dubai_05

Baca : Lokasi ni dah dekat dengan Museum Dubai

 

MrJocko memang seronok berjalan di sekitar Deira Spice Souk Duba. Jika anda bernasib baik, anda dapat melihat aktiviti tawar-menawar antara pembeli dan penjual di sini untuk jualan rempah ratus tertentu. Kami, sebagai pelancong, ini sesuatu yang agak baru dan pengalaman yang boleh dikongsi tentang kisah travel di Dubai.

 

Deira_Spice_Souk_Dubai
Deira Spice Souk Dubai

Deira_Spice_Souk_Dubai_06 Deira_Spice_Souk_Dubai_07

 

 

Walaupun kawasan ini tidak lah besar mana, tetapi, pengalaman selama beberapa minit di sini memang menarik minat kami. Ini antara “Unseen Dubai” yang mesti anda cuba teroka kalau melancong ke Dubai. Lebih lebih lagi, kalau anda sempat singgah ke Dubai Old Town dan kawasan sekitarnya seperti Dubai Gold Souk dan jugak Dubai Abra River Cruise (Dubai Creek).

Teringin nak beli rempah ratus di Deira Spice Souk Dubai, tetapi tidak tahu nak beli rempah yang mana satu. Hahaha…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.