Menu Ala-Carte Best Western i-City Shah Alam
|Food Review untuk hotel ni dah lama saya buat. Sejak tahun 2006 lagi. Nak kata pandai tidak la, tapi setakat komen basic, boleh la saya kongsi. Sebab tu, kalau ada menu yang sedap, teringin sangat nak share untuk info rakan pembaca blog MrJocko. Seperti Menu Ala-Carte Best Western i-City Shah Alam, dari semua yang saya cuba, hampir kesemuanya punyai kualiti, rasa yang sangat berbaloi dengan harga yang mampu bayar.
Terus terang, kudos kepada team dapur di Best Western i-City Shah Alam kerana menyediakkan menu ala-carte untuk tetamu hotel dengan pilihan yang pelbagai dengan rasa yang sangat memukau. Ia sangat diluar jangkaan saya. Pernah saya beritahu team Best Western i-City, nilai 3 Bintang di sini, umpama pengalaman 5 Bintang.
Menu Ala-Carte Best Western i-City Shah Alam
Tengok pilihan menu jer, dah nampak sedap!!!
The View Cafe yang terletak di Tingkat 5 bangunan hotel Best Western i-City Shah Alam adalah tempat makan utama tetamu hotel untuk sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam. Ambiance untuk dekorasi di restoran ini juga agak menarik dengan pilihan ruang makan terbuka di tepi restoran dengan pemandangan sekitar i-City.
Untuk waktu makan tengahari mungkin tidak sesuai, tetapi jika untuk merasai keaslian ketenangan makan yang sebenar, santai di luar ruang terbuka ketika waktu sarapan pagi dan makan malam, memang pilihan terbaik.
Baca : MrJocko dan Food Review
Memandangkan kami sekeluarga baru pertama kali singgah di hotel dekat i-City ni, dari pagi memandu dari Kuala Lumpur ke Shah Alam, apa kata cuba menu popular di Best Western Hotel.
Dalam menu tersedia untuk hidangan ala-carte Best Western iCity, ada pilihan menu Cincalok Beef, Tuna Miso, Coffee Lamb, Satay Burger, Salmon Noodles dan banyak lagi. Kelabu mata sekejap tak tahu nak pilih mana satu.
Sebab kami berempat, cadang nak order menu berbeza, senang boleh rasa semua yang menarik dalam menu. Jadi, pilihan kami, Cincalok Beef, Chicken Chop, Coffee Lamb dan Malaysian Spaghetti Classic.
Untuk air, kami order Pineapple Cooler, BW Refresher, Slushy Mania dan Go Green.
Menu Ala-Carte Best Western i-City Shah Alam Selangor
Paling kecil, Ayish, sangat suka dengan menu pilihan dia, termasuk AisKrim. Kakak dan Hasya masing-masing makan Chicken Chop dan Spaghetti. Daddy dan Mummy, pilih untuk cuba Coffee Lamb dan juga Cincalok Beef.
Mungkin ada yang kata, ia menu biasa. Tapi, cuba lah sendiri. Untuk menu Coffee Lamb dan Cincalok Beef, ia melangkaui jangkaan kami. Sangat berbaloi untuk di cuba. Anak-anak pun happy dengan menu mereka.
Pilihan menu untuk ala-carte di sini boleh dikatakan banyak. Ini belum lagi kami kongsi pilihan snack dan makanan ringan alas perut. Harga agak berpatutan, lebih-lebih lagi dengan servis yang disediakan.
Kami kenyang. Syukur atas rezeki kami lunch di Best Western i-City Shah Alam. Terima kasih Chef yang menyediakan menu kami, anda memang terbaik!!!
Semak apa lagi yang menarik di Restoran Best Western i-City di sini. Best Western iCity Restaurant