Site icon Travel Blogger Malaysia

Menu Breakfast Sedap Dan Murah Di IKEA Malaysia

Mungkin anda yang tinggal sekitar Kuala Lumpur akan setuju kalau aku kata menu di Restoran IKEA Malaysia memang terbaik. Bukan hanya sekadar menu yang pelbagai, punyai garapan citarasa Malaysia dan harga yang murah untuk semua. Sebab itu, aku berani kata, korang wajib untuk cuba pelbagai menu Breakfast Sedap dan Murah di IKEA Malaysia.

Restoran IKEA Malaysia kebanyakkannya mula beroperasi jam 10.00 am. Tapi, kalau korang nak lebih awal, cuba datang sendiri ke IKEA Damansara. Restoran ini memulakan operasinya seawal jam 9.30 am sehingga tutup jam 10.00 pm. Tapi, untuk menu breakfast, rasanya korang kena datang sebelum jam 11.00 am untuk merasai menu breakfast yang dihidangkan termasuk menu ikonik IKEA Meatballs.

Baca : Makan Di Restoran IKEA MyTown Cheras

Menu Breakfast Sedap Dan Murah Di IKEA

Menu Breakfast Sedap Dan Murah Di IKEA Malaysia

Menu Breakfast Sedap Dan Murah Di IKEA
menu-breakfast-ikea-00

 

Memandangkan sekarang baru masuk musim Cuti Sekolah, ini peluang terbaik untuk bawa anak-anak ke IKEA, merasai sendiri banyak lagi menu yang murah di restoran Sweeden ini. Dari menu western, hingga ke Nasi Lemak Ayam Goreng, semua menu ini berbaloi untuk korang berbelanja.

Kali ini, kami ambil menu Nasi Lemak Pandan Ayam Goreng, Pasta dan Meatballs, Kids Meal Meatballs dan juga Roti Croissant dengan Mushroom Sup, sup ikonik di IKEA. Untuk minuman, aku ambil satu cawan untuk kopi dan satu cawan untuk soft drink. Tak perlu banyak sebenarnya untuk air sebab ia menggunakan konsep Free Flow, minum sampai puas.
 


 

Kami makan bertiga sahaja. Anak-anak cuma dua orang perempuan, dua-dua jenis tak makan banyak. Jadi menu macam ini cukup untuk kami. Wife dan Kakak tak dapat join sebab kerja dan kakak ada kelas. Kira kali ini, masa me time kami dihari weekdays, supaya kami lebih tenang makan di sini, berbanding hujung minggu.

Untuk ibubapa, ada peluang, datang lah bawa anak-anak ke sini. Sangat berbaloi dengan ruang makan yang luas, selesa, makanan sedap dan mampu bayar untuk orang kebanyakkan seperti kita.

Nah! Jika korang semua teringin nak rasa menu berbaloi ini, boleh terus ke mana-mana IKEA Malaysia samada di IKEA Damansara, IKEA Cheras, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan. Nak lihat menu-menu Sweedish ini boleh layari laman web rasmi IKEA.

Exit mobile version