Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menu Buka Puasa Popular Di KFC Malaysia

Tahun ni, kami jarang sangat singgah di Kentucky Fried Chicken. Tak tahu kenapa, mungkin sebab di Kuala Lumpur sekarang ada banyak gerai, kedai makan dan restoran yang menyediakan menu-menu yang sedap, berbanding menu lama seperti di KFC Malaysia. Tapi, kali ini, anak-anak minta nak makan sesuatu yang ironi dengan menu Malaysia. Apa lagi, kami sekali lagi cuba Menu Buka Puasa Popular Di KFC Malaysia.

Ramai yang mungkin tidak tahu sejarah KFC di Malaysia. Untuk informasi semua, ayam goreng ikonik Kentucky Fried Chicken ini sampai ke Malaysia buat pertama kali pada tahun 1973 di bangunan kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Baca : Kami Berbuka Puasa Di KFC Malaysia

Menu Buka Puasa Popular Di KFC Malaysia

 


Menu Buka Puasa Popular Di KFC Malaysia

KFC Pertama Malaysia

 

Memandangkan ini bulan puasa, ramai pengunjung akan memenuhi ruang meja makan seawal yang boleh supaya tidak terlepas waktu berbuka. Nasib baik kami singgah awal dan masih ada ruang untuk kami sekeluarga, berlima.

Kali ini, ada banyak pilihan yang boleh anda cuba kalau ke KFC Malaysia. Antara menu-menu yang tengah popular ialah menu KFC Ayam Percik, Cempedak Balls, Nasi Kandar Bowls dan banyak lagi. Malangnya, semua menu baharu ini anak-anak tak minat. Mereka lebih suka pada menu biasa. Sebab itu untuk berbuka puasa di KFC kali ini, kami order KFC Nasi Lemak, Colonel Box (bersama Seketul Ayam dan Burger), Colonel Classic Combo (Burger), Popcorn Chicken dan juga Jelly Ice Cream.
 

Nasi Lemak KFC
Nugget Ayam KFC

Untuk pilihan menu-menu baru yang sedap di Kentucky Fried Chicken Malaysia, anda boleh layari dan tempah secara online di laman web ini KFC Malaysia.
 

Kalau nak komen tentang servis dan kelajuan dia KFC, setakat ni boleh dikatakan masih ditahap terbaik. Namun, yang sedihnya, ada beberapa ketika bila ke KFC, banyak kali Kentang Goreng tidak ada dan digantikan dengan Nugget.

Mungkin ini masalah besar KFC dan ia tidak patut diamalkan selalu. Ramai pelanggan tempah menu yang ditawarkan kerana mereka nak makan kentang goreng dan bukan nugget.

Keseluruhan, aktiviti berbuka puasa di KFC Malaysia masih lagi relevan. Walapun ia nampaknya sudah tidak dapat menandingi menu-menu hebat lain di Malaysia, tetapi ia masih lagi menjadi satu pilihan yang boleh anda cuba kalau teringin nak makan ayam goreng.

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.