Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menu Gulai Itik Salai Nogori Juadah Berbuka Puasa

Kalau dah lebih seminggu berpuasa, pasti kita akan mula mencari menu baru untuk juadah berbuka. Kalau hari-hari berbuka dengan menu yang sama, ramai yang akan rasa muak. Sebab itu, cara terbaik, kami terjah saja beberapa Pasar Ramadhan sekitar Kuala Lumpur untuk mencari menu baru yang sedap untuk berbuka. Kali ini, kami bernasib baik sebab terjumpa dengan gerai menjual Menu Gulai Itik Salai Nogori Juadah Berbuka Puasa. Gerai ini memang rare, sebab bukan hanya ada satu menu sahaja.

Kalau di gerai lain, ada hanya satu menu salai sahaja, tapi kat Bazar Ramadhan Kampung Bahru, ada sat gerai ni dia menjual pelbagai menu dan resepi Negeri Sembilan termasuk lauk Gulai Itik Salai, Gulai Daging Salai, Gulai Ayam Salai, Gulai Telur, Ayam Kampung Cili Hijau, Ayam Goreng Berempah dan beberapa lauk yang dibakar.

Baca : Daging Salai Di Istana Negeri Sembilan

resepi itik salai negeri sembilan

Menu Gulai Itik Salai Nogori Juadah Berbuka Puasa

gulai itik salai
 

Kalau dilihat cara masak, memang nampak sedap. Ayam ada, Itik ada, Daging pun ada. Ada lauk sampingan seperti Gulai Telur, Kepak dan Peha Ayam Bakar. Semua nampak sedap-sedap belaka. Namun, memandangkan bajet berbuka pun kami jimat, maka kami pilih untuk beli Gulai Itik Salai sahaja dengan harga satu portion RM10 sahaja.
 

gulai itik salai

gulai itik salai

gulai itik salai

gulai itik salai

gulai itik salai
 

Bazar Ramadhan Kampung Bahru dibuka seawal jam 3.00pm hingga waktu berbuka. Terletak di hadapan Masjid Kampung Bahru di Jalan Raja Alang. Tetapi, kalau nak cari lauk pauk yang famous dan terkenal, kena pergi awal takut lambat, habis orang sapu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.