Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menu Halal Di Rice And Resort Yilan County Ada Aktiviti DIY

Trip ke Taiwan kali ni agak lama dari biasa. Selama 6 hari 5 malam, ada destinasi menarik di Taiwan kami jejak. Antara yang menarik perhatian ialah Menu Halal Di Rice And Resort Yilan County Ada Aktiviti DIY untuk semua golongan. Walaupun lokasinya agak jauh dari Taipei, tetapi tempat ni berbaloi untuk korang singgah.

Tea and Rice Resort ini terletak di alamat No. 48, Section 2, Yongxing Road in Dongshan Township. Jauhnya sekitar 1 jam perjalanan dari bandar Taipei dan kira-kira 68km. Kalau naik keretapi boleh, tetapi agak susah untuk ke lokasi melainkan korang naik Teksi.

Baca : Tempat Pelancongan Menarik Di Taiwan

Rice And Resort Yilan County

Menu Halal Di Rice And Resort Yilan County Ada Aktiviti DIY

 

Memandangkan kami sudah berada di kawasan Yilan dengan aktivity lawatan ladang buah Guava dan menginap di salah satu Leisure Farm kat sini, jadi destinasi ini antara destinasi wajib lawat kalau di Yilan.

Yang menarik, kami dihidangkan menu makanan ‘steamboat’ cara orang Taiwan dengan kombinasi sayuran dengan diletakkan sekali daging lembu halal, ikan, seafood dan beberapa bahan tambahan seperti tauhu.

 

Menu Halal Di Rice And Resort Yilan County
Rice And Resort Yilan

Menu Halal Di Rice And Resort Yilan County Ada Aktiviti DIY

 

Menarik bila mencuba menu halal di Tea and Rice Resort Yilan ini kerana korang boleh ‘customize’ sendiri kuah yang akan korang makan. Selalunya, kalau di tempat lain, kuah sudah tersedia, seperti kuah sup atau tomyam. Tetapi di sini, mereka menyediakan menu khas bahan-bahan dari Malaysia (Halal) untuk dihidangkan kepada pelancong Malaysia.

Setiap tetamu diberikan mangkuk steamboat individu dan bahan-bahan untuk dimakan. Sebagai contoh, MrJocko menggunakan Pes Tomyam dan Pes Black Pepper untuk dicampurkan dalam kuah steamboat MrJocko. Jadi, terpulang kepada kita sendiri untuk rasa mengikut citarasa kita dan tidak perlu berebut dengan orang lain. Menarik bukan?

Sudah pastilah pengalaman makan tengahari di Tea and Rice Resort Yilan ini sesuatu yang best kerana bahan yang disediakan adalah halal, segar dan sedap. Untuk info, Daging Halal yang mereka guna diambil dari sumber yang halal di Taiwan.

 

Rice And Resort Yilan County

 

Selepas waktu makan dan Zuhur, kami diberikan sedikit maklumat tentang sejarah penanaman padi di Taiwan. Untuk info, kualiti padi di Taiwan adalah unik dan punyai rasa yang sedap. Sangat berbeza dengan padi kita di Malaysia dan juga padi Siam. Kalau korang pernah cuba padi yang berkualiti di Taiwan, pasti tahu bagaimana rasanya.

 

Rice And Resort Yilan County Rice And Resort Yilan County Rice And Resort Yilan County Rice And Resort Yilan County Rice And Resort Yilan County

 

Memandangkan kami punyai lebih masa, hari itu, kami diberikan peluang untuk membuat aktiviti DIY (Do It Yourself). Kami diberi pengalaman memasak sendiri ‘Rice Puff’ Bertih Beras dan juga Roti Kukus. Ya, ia sama macam yang ada di Malaysia, tetapi tak pernah kita cuba buat kan?

Sekarang, kami dah tahu bagaimana cara nak masak Bertih Beras dan juga Roti Kukus dengan baik. Ada beberapa tips untuk masak kedua-dua ‘kudap-kudap’ ini supaya ia lebih sedap dan terbaik.

Siapa yang nak cari resipi Bertih Beras dan resipi Roti Kukus Taiwan, boleh email MrJocko.

 

Rice And Resort Yilan County
Rice And Resort Yilan

Rice And Resort Yilan County

 

Keseluruhan, hampir seharian MrJocko dan rakan Media di Tea & Rice Resort Yilan ini. Ruang kawasan di sini tidak la besar mana, tetapi selesa. Ia mempunyai ruang makan yang boleh memuatkan seratus orang, ruang aktiviti yang juga luas, ada Surau untuk orang Muslim, tandas yang selesa serta satu ruang jualan produk tempatan yang berasaskan Teh dan juga Beras di Taiwan.

Sudah pasti kalau ke Yilan, mesti singgah di sini. Selain dari dapat makan menu halal unik cara orang Taiwan, korang boleh belajar tentang banyak perkara tentang Taiwan. Tapi, kalau dari Taipei, ia memang agak jauh. Apa pun, tak salah kalau teroka benda baru untuk pengalaman baru bukan? Selamat melancong ke Taiwan.

Kalau korang boleh baca Mandarin, jenguk la sini Tea & Rice Resort Yilan County Taiwan atau jengok lokasi lain, baca MrJocko Melancong ke Kaohsiung

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.