Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ada Pelbagai Pilihan Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu

Sebelum ini tidak pernah ada pengalaman terbang dengan pesawat Tiger Air dan FlyScoot. Pandangan ramai orang, fikir tentang menu makanan in-flight kalau terbang dengan penerbangan tersebut, takut tak ada menu halal. Bila diri sendiri cuba terbang dengan Tiger Air dan FlyScoot, baru tahu Ada Pelbagai Pilihan Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu. Menu halal muslim dalam pesawat Tiger Air dan FlyScoot juga banyak dan sedap.

Walaupun Tiger Air dan Fly Scoot beroperasi berpusat di Singapura, tetapi mereka sebagai sebuah syarikat yang berpengalaman mempunyai banyak pengalaman dalam negendalikan keperluan pelanggan dan penumpang mereka. Sebab itu, pilihan menu makanan Halal Muslim juga menjadi satu keutamaan kepada mereka.

Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu

Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu

 

Menu halal FlyScoot yang mula-mula MrJocko nampak ialah menu Nasi Lemak. Ia memang menu kegemaran ramai penumpang Tiger Air dan FlyScoot jika terbang dengan kedua-dua pesawat ini.

Masa MrJocko transit dari KLIA ke Singapura, menaiki penerbangan Tiger Air, dalam menu Tiber Bites ada menu Nasi Lemak. Ia halal dan mempunyai Sijil Halal dari pihak berkaitan. Bukan Nasi Lemak sahaja, menu lain pun yang mengandungi ayam juga Halal untuk kita orang Muslim.

 

Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu

 

Untuk penerbangan FlyScoot dari Singapura ke Athens, MrJocko diberi set menu Combo Khas. Set menu ini boleh korang beli dari laman web online FlyScoot Meals http://www.flyscoot.com/en/fly-scoot/onboard/meals . Dalam set ini ada Wraps Vegetarian, Kacang, Biskut dan Air Epal. Ini antara menu yang mula-mula MrJocko rasa dengan FlyScoot.

Untuk korang yang nak terbang dengan FlyScoot, sebagai info, makanan dan minuman dalam penerbangan FlyScoot tidak termasuk dalam bayaran Tiket. Sebab itu, kalau nak ke mana-mana dengan FlyScoot Airlines, sebaiknya beli terus pakej makanan untuk kemudahan korang. Lagipun bila beli online, harga menu makanan ini lebih mudah dan murah.

Untuk rakan-rakan Muslim, bila beli Online Menu Halal Flyscoot In-Flight Menu, ia akan menjamin korang akan dapat makanan korang dengan lebih cepat.

 

Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu

 

Sebagai contoh, kalau lihat menu makanan menu halal FlyScoot In-Flight Menu ini, ia bermula dari harga SGD12. Pilihan makanan dalam Hot Meals FlyScoot ada menu Peranakan Cina, Braised Chicken with Rice, Nasi Lemak dan macam-macam lagi. Kalau tengok catatan ‘H’ berwarna Hijau, ia melambangkan menu itu HALAL untuk pengguna Muslim. 

Selain Hot Meals, di penerbangan FlyScoot mereka punya pilihan menu Premium Meals, Light Meals dan juga Long Hauls Meal Bundle. Sebaiknya beli dari awal untuk mengelakkan makanan ini kehabisan.

 

menu halal flyscoot

 

Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu

 

Memandangkan penerbangan ke Athens dari Singapura mengambil masa selama hampir 12 jam, kena la order 2 kali makanan supaya tidak kelaparan. Kali pertama MrJocko makan selepas kira-kira 1 jam 30 minit penerbangan dan kali kedua makan selepas 9 jam penerbangan. Alhamdulillah, dua-dua menu memang sedap dan masih lagi segar.

Pesawat 787 Dreamliner FlyScoot juga agak besar dan selesa. Lagipun ada pilihan untuk korang Upgrade dari Tiket Biasa ke Tiket ScootBiz. Tak pun boleh cuba WiFi On-Board dalam pesawat atau menonton filem-filem menarik sepanjang penerbangan.

Semua ni boleh korang dapati dengan pakej berbaloi dari FlyScoot. Tanya mana-mana Scootitude (Cabin Crew FlyScoot Airlines). 

 

Menu Halal FlyScoot In-Flight Menu

 

Terbang ke Athens sudah. Kalau ada rezeki, nak cuba pula terbang dengan FlyScoot ke Australia. Jom ke Gold Coast dengan FlyScoot. Lets Get Out Of Here #FlyScoot

Oh ya, kalau nak baca tentang penerbangan pertama FlyScoot ke Athens boleh baca entry MrJocko ini http://www.mrjocko.com/2017/06/scoot-inaugural-flight-ke-athens-greece.html

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.