Menu Halal Muslim Di Amba Hotel Ximending Taipei
|Amba Hotel Ximending merupakan antara Boutique Hotel yang terbaik di Ximending Taipei. Bukan sebab bilik dan kedudukkannya yang strategik tetapi sebab cafe di sini juga menyediakan menu masakan Muslim Friendly. Di sini, ada Menu Halal Muslim Di Amba Hotel Ximending Taipei yang boleh anda cuba.
Untuk menu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, pihak Amba Hotel Ximending ada menu masakan khas untuk Muslim. Samada korang nak rasa makanan yang ringan atau berat, boleh buat pilihan menu halal food Muslim di Amba Hotel Ximending.
Baca : First Trip Ke Taipei Taiwan
Amba Hotel Ximending Taipei



Kredit Gambar : Amba Hotel Ximending
Masa makan tengahari di Amba Hotel Ximending, MrJocko pesan Spageti untuk buat alas perut. Lagipun sebenarnya masa tu dah kenyang, tetapi nak juga cuba menu halal di Amba Hotel Ximending.
Rakan media lain, ada yang memesan Burger Big bersaiz 8oz dan juga Mee Goreng. Pilihan lain di sini boleh cuba kek, ais krim, salad dan juga buah-buahan.
Walaupun dari segi pilihan tak banyak, menu halal yang mereka sediakan cukup berbaloi. Spageti yang MrJocko makan memang sedap dengan rasa daging lembu dan juga sedikit masam limau. Perghhh!!! Terbaik.
Burger Big 8oz juga memang padat dengan daging, cheese, french fries serta sayuran. Begitu juga Mee Goreng yang disediakan, punyai citarasa Taiwan urban dan masih sedap untuk citarasa mulut kita orang Melayu. Best la menu di restoran di Amba Hotel Ximending.
Amba Hotel Ximending Taipei
Banyak menu halal Muslim di Taiwan. Kalau anda mungkin rasa mahu menikmati percutian ke negara yang agak dingin, shopping 24 jam serta pemandangan yang indah dengan bajet yang lebih murah, Taiwan lah tempatnya.
Baca : MrJocko dan Pakej Melancong ke Taiwan
Ya, ramai yang mungkin tak percaya bahawa di Taiwan ada banyak kedai yang menyediakan menu halal. Di sini pun ramai orang Muslim yang berhijrah dari negara China dan menetap di Taiwan. Walaupun dalam komuniti kecil, tapi Islam tetap ada di Taiwan.