Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Menu Halal Muslim Flyscoot Penerbangan Changi Singapura Ke Athens

Mungkin ramai yang belum berkesempatan untuk menaiki penerbangan Scoot Airlines yang dikenali sebagai FlyScoot, syarikat penerbangan tambang murah dari Singapura. Untuk Muslim, mesti tertanya, adakah menu makan onboard Flyscoot halal? Ya, ada banyak Menu Halal Muslim Flyscoot Penerbangan Changi Singapura Ke Athens, laluan pertama MrJocko bersama FlyScoot.

Untuk info, syarikat Flyscoot adalah satu group dengan syarikat Tiger Air dari Singapura. Seperti mana yang ramai tahu, menu dalam penerbangan Tiger Air banyak sediakan menu Halal Muslim. Begitu juga menu dalam penerbangan Scoot Airlines.

Baca : Penerbangan Scoot Airlines dari Singapura Ke Kota Kinabalu

Baca : Promosi Tiket Murah FlyScoot Airlines

 


Menu Halal Muslim Dalam Penerbangan Flyscoot

Menu Halal Muslim Flyscoot Penerbangan Changi Singapura Ke Athens
 

Pertama kali MrJocko diperkenalkan dengan penerbangan Flyscoot ialah ketika menyertai Media Trip Flyscoot dari Changi Airport Singapura menuju ke Athens Airport Greece pada tahun lepas. Untuk cerita tersebut, boleh baca di blogpost ini MrJocko dan Kembara Flyscoot Athens

Memandangkan kali ini, semua urusan diuruskan oleh pihak PR, makan menu untuk MrJocko ketika dalam penerbangan Flyscoot ialah menu Vegetarian. tetapi, sebelum kami makan menu utama, kami dihidangkan dulu dengan menu kudapan yang tediri dari Air Epal, Kacang, Biskut dan juga Greek Salad Wrap (Veg).

 

Menu Halal Muslim Flyscoot Penerbangan Changi Singapura Ke Athens

Menu Halal Muslim Flyscoot Penerbangan Changi Singapura Ke Athens

 

Selang lebih kurang 3 jam, kami dihidangkan dengan menu utama. Kali ini menu MrJocko ialah Vegetarian Frittata (Telur Omelete), Kentang Goreng, Salad, Roti Bun, Cheese, Yogurt dan Air Mineral. Burp!!! Kenyang. Walaupun MrJocko bukan peminat menu Vegetarian, tapi untuk menu atas penerbangan dengan pilihan menu Halal, ia memang terbaik!.

 

Menu Halal Muslim Flyscoot Penerbangan Changi Singapura Ke Athens

Menu Halal Muslim Flyscoot Penerbangan Changi Singapura Ke Athens

Menu Vegetarian
Menu Halal Muslim Flyscoot Penerbangan Changi Singapura Ke Athens
Stewardess Flyscoot yang dikenali sebagai Scootitude

 
Memandangkan ketika itu penerbangan pertama (inaugural flight) dari Changi Airport ke Athens Airport, kemeriahan dalam penerbangan memang terasa. Kesemua crew, iaitu Pramugari dan Pramugara mengenakan pakaian tradisi Greek sempena meraikan penerbangan sulung ini.

 

Menu Halal Muslim Flyscoot Penerbangan Changi Singapura Ke Athens

menu halal flyscoot scoot airlines

Maklumat lanjut tentang menu halal yang ada dalam penerbangan Flyscoot (Scoot Airlines) boleh terus layari di laman web rasmi mereka di sini Flyscoot Onboard Menu.

Selain dari makan-makan dalam penerbangan Flyscoot, anda boleh juga membeli belah, menggunakan WiFi dan juga berhibur dengan pelbagai rancangan menarik yang disediakan di dalam penerbangan dengan kadar sewa yang berpatutan. Sebaiknya, tempah dulu secara online dan ‘enjoy’ penerbangan anda sebaiknya.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.