Site icon Travel Blogger Malaysia

Menu Halal Thai Airways Memang Sedap Dan Memuaskan

Mencuba menu makanan halal semasa terbang dengan Thai Airways memang tidak mengecewakan. Menu yang dihidangkan adalah menu nasi beriyani dengan lauk sosej ayam yang memang sedap. Di tambah pula dengan pencuci mulut, membuatkan perjalanan selama 2 jam ke Bangkok dari KLIA tidak terasa. Kini rasa best bila dapat makan menu halal Thai Airways ketika terbang.

Untuk menu penuh makanan halal di atas penerbangan, MrJocko tak pasti, tetapi setiap penerbangan, jika anda mahu, anda memang boleh request menu makanan Halal Muslim atau menu Vegetarian.

Baca : Thai Airways Menang Award Skytrax 2018

menu halal thai airways

 


Menu Halal Thai Airways Memang Sedap Dan Memuaskan

halal thai airways
 

Memang sebelum ini, sudah beberapa kali MrJocko terbang bersama Thai Airways dari Kuala Lumpur menuju ke Bangkok, Thailand. Rasanya, ini kali pertama MrJocko makan nasi beriyani Thai Airways.

Sebelum ni rasanya MrJocko pernah cuba ayam roasted dan beberapa menu Vegetarian. Memang ada rasa tak tidak mengecewakan.
 


 

Baca : Tempat Menarik Di Pattaya Thailand

Makanan Halal Thai Airways Memang Sedap Dan Memuaskan

Makanan hidangan halal muslim di dalam penerbangan Thai Airways ni memang sedap. Mulanya rasa macam risau jugak, takut rasa makanan lari dari citara orang Melayu, tetapi ternyata pandangan MrJocko meleset.

Bahagian untuk menu makanan tengahari di atas flight Thai Airways juga memang diberikan bahagian yang besar, mengenyangkan dan berbaloi. Rasa kenyang sungguh, rasa macam menu di restoran pulak. Dengan cukup koleksi starter, main dan desserts, pengalaman makan di dalam flight Thai Airways memang menakjubkan. Mambil makan sambil tonton movies 🙂

Apa yang saya diberitahu, syarikat penerbangan Thai Airways ini adalah antara syarikat terbaik di negara Thailand. Mereka juga telah memenangi banyak anugerah sebelum ini dan memang mengendalikan banyak penerbangan antarabangsa. Oleh itu, semestinya mereka tahu akan keperluan penumpang mereka, khususnya penumpang Muslim dan juga penumpang vegetarian mereka.

Untuk anda yang ingin mencuba pengalaman baru dari Kuala Lumpur ke Bangkok, apa kata kali ini cuba Thai Airways yang mana, telah dinobatkan antara 20 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2015.

Exit mobile version