• Mon. Sep 25th, 2023

Menu Hebat Chef Zam Menggunakan Philips Airfryer

Sabtu lepas, MrJocko dan rakan-rakan Blogger dijemput untuk serta Philips Ultimate Cook-Off di AEON Big Subang Jaya. Kali ini Philips Home Loving Malaysia menjemput dutanya iaitu Chef Zam, salah seorang chef selebriti yang terkenal di Malaysia. Nak belajar Menu Hebat Chef Zam?

Chef Zam kali ini berkongsi dua menu sedap yang diolah oleh beliau untuk dimasak menggunakan Airfryer. Siapa sangka, alatan memasak seperti Philips Airfryer ini memang terbaik walaupun ia tidak menggunakan minyak. Macamana tu???

 
 
 
Menu Hebat Chef Zam?

Philips Airfryer 

menu masak guna philips airfryer
 
 
 

Lihat sahaja resepi masakan Menu Hebat Chef Zam ini. Ayam ini diadun dengan rempah campuran mudah, digaul dan dibiarkan sebati sekejap, kemudian dimasak menggunakan Philips Airfryer selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. Bila dah masak, ermmm,,, baunya memang wangi dan sangat enak… Perghhh!!!

 
 

 

menu masak guna philips airfryer
 
 
 

Kalau nak mudah lagi untuk masak pencuci mulut, anda boleh cuba menu ini. Buah Epal yang di tebuk bahagian tengah tangkainya kemudian diletakkan jem strawberry, jem nenas, atau apa sahaja manisan yang anda mahu kemudian dibalut dengan adunan yang menyerupai roti nipis. Bakar sahaja dalam Philips Airfryer selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius dan hidangan pencuci mulut anda dah siap. Mudah kan???

 
 

 

menu masak guna philips airfryer
 

 

menu masak guna philips airfryer
 
 

Sekali lihat dua menu yang dimasak oleh Chef Zam semasa Philips Ultimate Cook-Off di AEON Big Subang Jaya ini memang menyelerakan sesiapa sahaj. Bayangkan, tak sampai beberapa minit, ‘taster’ yang di masak habis dimakan. Maklum la dengan Philips Airfryer, anda hilangkan lemak, tetapi kekalkan rasa sedap masakan.

Memang best bila guna Airfryer jenama Philips ini. Boleh katakan sesiapa pun boleh masak dan ia semestinya menjimatkan. Tak perlu guna minyak dan ia sangat selamat untuk di gunakan. Sudah pasti MrJocko akan syorkan kepada sesiapa sahaja untuk gunakan samada Philips Airfryer yang Analog berharga RM1,199 atau Airfryer yang Digital berharga RM1,699. 

Dengar kata ada diskaun hebat Philips untuk produk Airfryer ini. Jadi kunjungi kedai elektrik atau pasar besar untuk dapatkan unit Airfryer anda.

 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.