Menu Ikan Perkasam Di Temerloh Catering Shah Alam Seksyen 13
|Saya bukan peminat menu Ikan Patin Masak Tempoyak dari Temerloh. Tetapi, sekali sekala boleh sahaja cuma menu terkenal dari negari Pahang ini. Asalnya, memang nak cuba menu Ikan Patin Tempoyak di sini, tetapi tertarik pula dengan Menu Ikan Perkasam Di Temerloh Catering Shah Alam Seksyen 13.
Sebelum ini, 5 tahun lepas rasanya, saya pernah singgah di Restoran Temerloh Catering di Seksyen 15 Shah Alam untuk mencuba menu Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh. Masa tu, kebetulan sampai area sana pada waktu makan tengahari.
Menu Ikan Perkasam Di Temerloh Catering Shah Alam Seksyen 13
Baca : MrJocko sebagai Food Blogger Malaysia
Kali ni, kebetulan baru sahaja habis meeting dengan potensi klien di Seksyen 13. Partner business yang tinggal di Shah Alam ajak untuk makan tengahari di Restoran Temerloh Catering.
Apa yang saya tahu, restoran ini antara restoran yang popular di Seksyen 13 Shah Alam selain dari Restoran Ayam Kampung Haji Hassan dan juga Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang.
Mulanya memang masa nak ambil lauk, memang nak ambil lauk ikan patin tempoyak. Sekali bila tiba di rak meja makanan, terlihat ikan perkasam yang digoreng dengan susunan yang sangat menggiurkan.
Selalunya, untuk seekor ikan perkasam seperti ini adalah untuk dihidang dnegan lauk utama lain. Ikan Perkasam sebenarnya adalah lauk sampingan sahaja. Tapi kali ini, saya jadikan ia menu utama dengan tambahan lauk sampingan telur masin.
Memandangkan waktu itu, sudah tidak banyak menu lain yang tinggal selain ikan perkasam, gulai ayam dan lauk ikan patin tempoyak, saya cuma ambil dua lauk tu sahaja untuk makan tengahari.
Terus tak jadi nak ambil lauk Ikan Patin Masak Tempoyak.
Saya perhatikan, kiri dan kanan, pelanggan di sini adalah keluarga dan juga dalam kumpulan antara 4 hingga 5 orang. Rata-rata pelanggan yang singgah di sini, nampaknya memilih menu ikan patin masak tempoyak. Mungkin ini menu yang paling best di Seksyen 13 Shah Alam?
Pastinya, bila nama Temerloh, menu sinonim dengan bandar Temerloh pastinya dengan Ikan Patin dari Sungai Pahang.
Untuk anda yang nak cuba menu Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Perkasam atau menu Ikan Bakar di Temerloh Catering, boleh ke alamat 86, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia. Sebarang tempahan sila telofon talian 03-5524 6890. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Terima kasih kerana memperkenal menu ikan pekasam di restoran kami..sila datang lagi tuan..