Site icon Travel Blogger Malaysia

Menu Makanan Halal Dalam Flight Korean Air Breakfast Omelette

Cerita tentang menu makanan ketika dalam penerbangan selain dari syraikat penerbangan Malaysia Airlines, Firefly atau AirAsia selalu menjadi kesangsian ramai penumpang. Ini kerana, ada beberapa orang penumpang akan rasa tidak begitu yakin dengan menu halal yang dihidangkan. Saya sendiri pernah ditanya, ada tak Menu Makanan Halal Dalam Flight Korean Air? Saya cakap ada, saya selalu mintak Breakfast Omelette jika penerbangan bertolak pada waktu sebelah pagi.

Sebaiknya, jika anda nak menempah tiket penerbangan Korean Air, pastikan anda memilih untuk pilihan menu Halal Muslim, atau mungkin jika tiada pilihan yang sedap, anda boleh juga mencuba menu Vegetarian. Biasanya setiap penerbangan antarabangsa mereka akan ada menyimpan stok untuk menu bagi penumpang Muslim dan juga Vegetarian.

Baca : Menu Makanan Halal Korean Air Untuk Muslim

 


Menu Makanan Halal Dalam Flight Korean Air Breakfast Omelette

Menu Makanan Halal Dalam Flight Korean Air Breakfast Omelette
Halal Omelette Korean Air

 

Memandangkan tiket penerbangan saya ditempah oleh pihak Korea Tourism, maka tidak menjadi masalah besar kerana mereka memang sedia maklum yang kami beragama Islam, akan dihidangkan dengan menu Halal Muslim ketika di dalam penerbangan.

Jika ada pilihan lebih dari 1 menu halal, barulah diberitahu untuk memilih salah satu menu pilihan kita.

Memandangkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Korea memakan masa sekitar 7 jam, setiap penumpang biasanya akan menerima 2 hidangan. Pertama selepas 1 jam penerbangan dan biasanya hidangan kedua sekitar 2 jam sebelum penerbangan mendarat.
 

Untuk menu makanan Muslim yang Halal dalam penerbangan Korean Air, memang tidak menjadi masalah. Rasa yang dihidangkan memang sedap dan pasti akan menjadi salah satu menu terbaik anda di dalam pesawat.

Menu Omelette ini contohnya, dimasak dengan sekata, dengan tambahan roti Croissant dan juga buah-buahan sebagai pencuci mulut. Rasanya sudah pasti lah sedap.

Namun, jika anda tidak boleh nak makan, boleh saja untuk meminta menu lain yang halal dengan Cabin Crew. Paling tidak, boleh request untuk makan buah-buahan atau kekadang yang boleh mengalas perut anda dalam tempoh beberapa jam sebelum sampai ke destinasi.

Oh ya! memandangkan syarikat penerbangan ini adalah syarikat besar, perakuan halal yang merka sediakan memang diyakini dengan kawalan ketat daripada pihak berwajib yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa, tidak kira dari Cop Halal Malaysia, atau Cop halal dari negara Korea Selantan sendiri.

Tak sabar untuk kembali travel ke negara Korea Selatan, negara Saranghae. InsyaAllah, doa-doakan dunia kembali pulih dari Covid-19 dan juga kita diberikan rezeki untuk ke sana. Aaminnn…

Exit mobile version